Isnin, 26 Oktober 2009

RUNTUHNYA TIANG SERI PAS

Salam semua pembaca,

EGM PAS yg kononnya bakal diadakan utk membersihkan ahli-ahli PAS dari golongan-golongan pro-perpaduan adalah satu petanda yg parti ini sudah dicemari oleh satu tangan yg selama ini menjadi parasit yg mereputkan TIANG SERI PAS.

Sebelum ini seri pernah berkata bahawa manusia ini walau dicampak kemana sahaja akan mereputkan tiang seri setiap parti, sebagaimana manusia ini satu ketika dulu merosakkn tiang seri UMNO..membawa anasir-anasir rasuah utk menjatuhkan kawan ketika masa dulu telah dicorakkan sama ke dalam PAS. Orang-orang PAS yg dulunya bersatu suara dan konsisten dgn perjuangan Negara Islamnya kini telah Ditundukkan oleh herdikkan DAP. PAS kini telah berpuak-puak menjadi 2 kumpulan yg tidak sama ISLAMNYA.


SERI walaupun menyokong penuh kepimpinan kerajaan BN/UMNO, merasa sedih dgn perkembangan PAS sekarang. PAS yg seri nampak sebuah PARTI ISLAM/MELAYU yg sebenarnya boleh pergi jauh jika tidak dicemari oleh tangan manusia ini. Jika dulu PAS bertindak sebagai seorang bapa yg sering menegur tindak tanduk BN/UMNO kini berubah menjadi sebuah PARTI yg ganas dan bercelaru. TG Nik Aziz dipengaruhi dgn tindak tanduk yg taktiknya sama dgn manusia jahanam ni. Suntikan kedalam otak Nik Aziz ini sama vaksinnya. Kejatuhan pemimpin-pemimpin dalaman PAS ini sama coraknya dgn UMNO ketika di zaman Ghafar Baba. Satu lagi PARTI org-org ISLAM/MELAYU yg bakal menempuh zaman kehancuran. Ini terbukti dgn setiap mejoriti yg merudum teruk di setiap PRK lepas. Walaupun PAS dapat mengekalkn kerusi ditempat sendiri tetapi PAS gagal meningkatkn prestasi kegemilangan ketika PRU lepas. PAS kini menuju zaman kehancuran yg ketara..


Tulisan seri kali ni bukan utk memperkecil-kecilkan PAS, tetapi seri minta dgn penuh lapang hati agar sedarlah wahai orang-orang Islam dalam PAS, kamu sebenarnya sedang dihancurkan. Betapa ruginya Islam/Melayu di Malaysia ini sekiranya satu lagi Parti dihancurkan. Jawablah dgn Ikhlas wahai saudara seIslam PAS "adakah lebih sukar bile berjuang dgn saudara SeIslam UMNO"..dan adakah PAS lebih mudah langkahnya bila brjuang dgn kafir DAP dan Parti Rojak PKR" WallahHuaklam

....Wasalam....

Selasa, 15 September 2009

Antara Hudud Rasullullah & Hudud Nik Aziz



Salam semua pembaca..maaf sbb lama seri tak menulis, hanya utk menghormati bulan ramadhan yg mulia..Kali ni seri mahu berkongsi satu dailog bersama sahabat seri. Dailog perbincangan ttg manusia-manusia yg berlagak pandai tp pada hakikatnya mcm tin kosong, apabila diketuk maka melantun-lantunlah bunyi dari tin yg tk de isi. Bukan seri berlagak pandai hanya utk membawa sebentar pembaca-pembaca terbang membuka minda. Hakikatnya wahai sahabat semua jgnlah kita ni sebagai manusia biasa cuba mmeletakkan diri kita sama dgn Rasullullah S.A.W, cuma kita ni diingatkan agar sentiasa mencontohi sifat-sifat dan cara kepimpinan baginda. " Siapa makan cili, terasalah pedasnya" - Wallahuaklam


Yusketereh : Salam seri, posa ker!!?!

Seri : w/salam, emmm puasa...

Seri : dah nak raya ni. balik beraya mane??

Yusketereh : balik pahang seri, kat jengka 9, Felda

Seri : Org Najib ni lah yer

Yusketereh : takkk orang nik ajis …heheheheheh

Yusketereh : setiap kali balik mesti tegang urat ngan pak mertua

Seri : ooo dia org PAS ker, duduk felda pun ada org PAS

Yusketereh : ramai seri, diorg dah rase senang

Seri : uik..dengar kawasan felda, susah pembangkang nk masuk jarum

Seri : emm susah-susah tarik jer tanah tu balik, dah elok-elok senang nak susahkan..rasekan

Yusketereh : hahahaaaa sokong

Seri : lepas tu suruh mintak kat nuar, tanah lebih besar. tk sodar diri diorg ni

Seri : tanah kerajaan bagi, duit lagi dapat, umah diberi, ada hati nk sokong PAS

Yusketereh : ari tu mmg dia terus angkat punggung bile tgk menantu dia naik angin

Yusketereh : hahahhaa menatu ganazzz

Seri : diorg ni nk kene basuh sikit

Seri : dah lah duduk tanah felda, ada hati nk sokong PAS

Seri : ni yg marah ni, ingat kalau duduk bwh PR bole dapat tanah ker ??

Seri : kena jual tanah ada lagi mcm kpg buah pala

Yusketereh : tu le pasal, orang rumah yus dulu pun sokong PAS juga

Yusketereh : tapi kene basuh ari2, tk leh tahan weiii

Seri : hehehehehe

Yusketereh : skarang umno selamenye

Yusketereh : yus tanye pak mertua ari tu ape yg PAS buat kat kelantan selame memerintah 18 thn

Yusketereh : dia senyap

Seri : hehehhehehe

Yusketereh : pembangunan dunia takde, habis semua dok diam

Seri : senang jer yus, cuba tanye diorg, zaman rasul dulu, Rasullulah S.A.W

Seri : gemilangkn Islam dulu, atau hudud dulu

Seri : Islam PAS ni mulut jer, tp tk gemilangkn pun

Yusketereh : hudud dahulu ker ??

Seri : Tak yus, Rasullullah S.A.W gemilangkn Islam dulu dari segi keseragaman Islam

Seri : baru lah hudud di tegakkan, kerana masa tu Islam telah diterima secara seragam

termasuk orang2 kafir

Seri : mereka org2 kafir tk leh membantah kerana Islam dh pun gemilang masa tu

Seri : dari segi pendidikan, pembangunan, social, moral, ekonomi, politik & lain-lain lagi

Seri : itu lah cara Rasullullah S.A.W

Seri : menyeragamkn Islam dan gemilangkn Islam, sebelum hudud

Yusketereh : nik aziz tak ajar benda ni pun

Seri : hehehehe

Seri : tk de sapa yg nmpk benda ni yus

Seri : PAS ni buta dgn hudud, tk tau mcm mana utk laksanankan nye

Yusketereh : sbb tu orang yg kurang agama semakin teruk

Seri : dari segi lain, hudud ni seragam dan menyeluruh

Seri : pernah cuba tanye org PAS, semua tercengang nak jawab

Seri : ada yg setuju & ada yg terbuka mata hatinya

Yusketereh : orang PAS tahu orang umno ni tolak hudud

Seri : bukan tolak tapi mcm yg seri ckp

Seri : kita cuba seragamkn dulu Islam tu, gemilangkan dulu Islam tu

Seri : baru org-org kafir, respect dgn Islam dan Hudud

Seri : wpn ada diantara mereka yg menentang tapi apabila Islam tu gemilang

Seri : secara automatic, hudud itu seragam dan terlaksana

Yusketereh : penerangan yg cukup baik seri

Seri : mcm PAS kita lihat, mereka menggunakan hudud sebagai landasan tapi

Seri : pada hakikatnya, dlm diri mereka sendiri pun ISLAM tak diseragamkan

Seri : ada yg main nombor ekor, berjudi, bermaksiat, memfitnah tapi menjerit-jerit nak kan hudud

Seri : bila ditanya mereka jawab UMNO juga buat benda yg sama, mcm mana tu ??

Yusketereh : entahlah seri, nak kate golongan PAS ni menghayati ajaran Islam sepeneuhnye jauh sekali

Seri : belajar dan bramal itu yg terbaik utk ISLAM, bukan pandai brckp jer

Yusketereh : betul seri

Seri : mmg diakui Nik aziz org yg tinggi ilmu agamanya

Seri : tapi pernah ker dia beramal dgn ilmunya utk gemilangkan Islam Di kelantan dari semua segi.

Seri : hanya pandai ckp jer, dan org-org kelantan mmg suka dgr dia bercakap

Seri : sbb tu dia byk pengikut bile dia gunakn Islam

Yusketereh : betulllllll

Seri : Seri ni tk de lah tinggi ilmu agama yus

Seri : hanya ada asas fardu ain jer bole harap

Seri : tapi setiap persoklan Islam tu, kita kene mengkaji sebelum mengikut, lagi-lagi kalau

kita ni jahil bab agama, jgn lah main ikut jer

Yusketereh : orang yang tinggi ilmu tapi tidak menggunakannye buat ape

Yusketereh : orang yang kurang ilmu dia tetap mencari dan mencari sehingga pencarian berhasil

Yusketereh : itulah kelebihan orang yg kurang ilmu

Seri : cuba kita tgk yus, bile org2 kafir tanye pada PAS

Seri : apa itu hudud ?? terbelit-belit lidah nak menjawab. Malu bila kita tengok.

Seri : sbb tu karpall singh, berani persendakn hudud

Yusketereh : heee..kekekeeke

Seri : sbb org Islam PAS sendiri tak tau hudud tu apa

Seri : mcm mana nk laksanakan

Seri : apa ciri-ciri utk hudud terlaksana

Seri : yg diorg tau, hudud tu hukuman yg zalim. tu jer yg selalu diulang

Seri : dari situ pun kita lihat PAS gagal dlm dakwah Islamnya

Yusketereh : tullllll

Seri : ok lah yus, Seri nak balik..nanti bila-bila kita chat lagi ok, Selamat Brpuasa & brbuka SALAM

Yusketereh : ok Seri.. Selamat berbuka puasa - W.Salam

Khamis, 6 Ogos 2009

TITAH SEBELUM DARURAT, PERINTAH SEBELUM MELARAT…

WASIAT yang disampaikan sebelum Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :


1 Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 %, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ni

5 Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6 Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

" titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). - Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan."


KOMEN SRIKANDI,,,

Susulan dari artikel srikandi “JANGAN SAMPAI DARURAT” ulasan tentang amaran Menteri pertahanan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan ia bukan cakap-cakap kosong apabila hari ini, panji-panji diraja sudah mula bersuara. Jika kita perhatikan, ini satu simbolik agar polis dan tentera di Malaysia bersedia dgn titah Raja-Raja Melayu seterusnya…Manusia no.1 yg pasti akan lari dari keadaan rumit ini sudah pasti si bangsat NUAR..


Diharap dengan peringatan Wasiat ini, kaum-kaum lain di Malaysia bersedia untuk merasai darurat dan duduk di bawah pemerintahan tentera jika masih mencabar dan berdegil. Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Sendiri ada otak..sendiri mau ingat wahai bala-bala perusuh GMI..


Petua sudah di adunkan..

7 wasiat sudah di hidangkan..

merasa itu dgn kelazatan..

menelan itu dengan sopan..

pahit dengan panduan..

manis dengan kenikmatan..

masin dengan pengalaman..

dan masam itu sebagai keinsafan..

Rabu, 5 Ogos 2009

APA LAGI YG TINGGAL UTK BANGSA KU



Melayu kuat kerana Islam, teguh kerana adat, indah kerana adab. Bangkitlah wahai semangat, melayu darah aliran bangsawan. Megah berdiri tingginya budi. Lupakah bangsaku dgn pegangan ini ??..Muhasabahlah diri dan kembalilah berpijak kebumi yg nyata. Cukuplah kamu dibaculkan dengan kebodohan kamu sendiri. Walaupun aku jahil dalam agama, tidak akan ku hina Islam ku, walaupun aku jahil mengenal bangsa, tidak akan ku hina melayu ku……

Melayu itu bangsa yg paling bertolak ansur, rela berkongsi tanah air, sanggup berkongsi hasil bumi, mudah memberi dan terus memberi. Apa lagi yg tinggal selain hak istimewa yg disebut dlm perlembagaan. Adakah kita minta mengikut mejoriti 60% ??? kita lebih memberi 70% kepada mereka kenapa 30% hak kita diganggu. Melayu sendiri berkorban memberi mereka hak warganegara didalam tanah melayu, Agar mereka punyai kuasa politik utk sama-sama mentakbir Negara. Melayu dengan rela hati menerima Malaysia sebagai ganti utk tanah melayu, hanya kerana mereka!! Apa lagi yg tinggal utk melayu ???

Natijah dari satu suara melayu bangsat ini, hak-hak suci yg dulunya terperihara dgn rakus telah dinodai, kita hanya lihat bagaimana ia dicabar dan dihina. Bagaimana manusia bangsat ini telah menggunakan pemikiran melayu yang otaknya tersumbat. Kita renung kembali kelemahannya apabila melayu-melayu bacul ini tersadai di jalanan menunjuk perasaan kononnya tertindas dan terseksa akibat ISA. Sedangkan sebelum melayu GMI ini berdemontrasi, mereka dgn suka ria tersadai dikedai-kedai kopi, punyai harta yg boleh dianggap mewah, punyai rumah dan kenderaan, berpelajaran tinggi dan ada di antaranya bergaji besar dgn sektor kerajaan. Apa yg ISA lakukan pada mereka sehingga mereka dgn bangga membuat huru hara MENJAHANAMKAN BANGSA. Disaksikan oleh bangsa-bangsa asing yg bertepuk tangan. Perjuangan apa kah ini wahai melayu GMI..??? Adakah hanya aku yg melihat ????

WASSALAM

Selasa, 4 Ogos 2009

JANGAN SAMPAI DARURAT


BALING 2 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.

"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
BERITA UTAMA ARKIB : 03/08/2009


KOMEN DARI SRIKANDI….

Darurat???? Inikah yg masyarakat 1Malaysia mahu…dalam erti kata lain pemerintahan tentera yg diterajui oleh Yang di-Pertuan Agong..Satu kuasa pemerintahan yg boleh dikatakan tegas, Kami orang-orang melayu tiada masalah dalam pengistiharan darurat kerana sudah pasti kami memang bernaung dibawah panji-panji diraja apatah lagi tentera-tentera di Malaysia dikalangan orang melayu sendiri. Bagaimana dengan bangsa lain…sudahkah kamu semua bersedia??? Apa yg menyedihkan segala jentera untuk kelancaran enjin di Malaysia akan terhenti mengejut. Terutama ekonomi dan aliran kewangan dalam Negara. Apa natijahnya kepada bangsa-bangsa bukan melayu ???

MASYARAKAT CINA DAN INDIA – Ekonomi yg terbantut mengejut akan mematikan pendapatan bangsa ini. Kita di Malaysia sudah sedia maklum, ekonomi Malaysia ini di monopoli bangsa ini. Sekatan pada pelabur-pelabur luar, sekatan pada aliran wang keluar masuk dan juga kejatuhan nilai matawang yg tidak dapat di bayangkan. Bolehkah bangsa ini hidup dalam keadaan yg rumit ini. Mereka yg hidup dengan kemewahan, bersuka ria di luar saat bulan tegak di kepala akan berkurung sehingga matahari mengeluarkan sinar pagi. Ada jugak hikmahnya bila aktiviti malam ini terhenti, sekurang-kurangnya tiada masalah sosial dan maksiat. Disaat ini wang berjuta ringgit pun tiada nilainya kerana barang-barang keperluan hidup lebih penting dari nilai wang. Tapi apa yg pasti bangsa-bangsa ini tidak pula keluar utk menghadirkan diri berdemontrasi..Sedarkah semua wahai melayu??? Bodohnya bangsaku melayu..GMI…

MASYARAKAT MELAYU – Secara tak langsung kejatuhan ekonomi yg mengejut akan menutup segala peluang-peluang pekerjaan bangsa melayu Malaysia. Balik kampung tanam jagung, makan kangkung, duk mencakung. Tapi rasanya melayu sudah biasa susah. Boleh makan apa yg ada. Tentera-tentera kita pun banyak membantu..Apa ada hal!!! Tiada lagi Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan khayalan Pakatan Rakyat..Bukankah ini yg melayu perusuh mahukan??? Tapi tidak dapat srikandi bayangkan bile pekerjaan ku hilang, duit ku melayang…aduiiii sakitnya..


WASSALAM

Ahad, 5 Julai 2009

ANTARA MAINAN CINTA PR

Cinta yg indah akan membawa kepada terbentuknya rumah tangga di fasa pertama. Cinta yg penuh dgn keikhlasan akan menjadikan rumah tangga itu kekal dengan kejujuran. Bagaimana cinta PR kepada rakyat Malaysia ??? mari kita terbang sebentar di alam rumah tangga PR…


Kata org cinta itu buta, tetapi akal menjadikan cinta itu penuh dgn bahagia. PR menaburkan janji manis kepada rakyat utk membina rumah tangga di dalam M’sia. Sejauh mana janji itu ditepati ??? Rakyat disakiti dan dibohongi dgn sandiwara yg penuh sistematik.. Dalam PR sendiri kita lihat rumah tangga yg huru-hara. Saling tuduh menuduh utk menegakkan diri masing-masing. PKR yg berpoligami dgn DAP serta PAS telah membentuk satu ikatan rumah tangga yg kita ibaratkan sebagai PR. Kegagalan memenuhi kehendak semua isteri, tidak adil memberi nafkah zahir dan batin adalah jelas menunjukkan PR gagal utk membawa rakyat sebagai Isteri ke 3. Rakyat dipujuk utk sama-sama berpoligami tetapi kehendak kedua-dua isteri DAP/PAS tidak dapat dipenuhi. DAP yg kecewa menuntut cerai dari PR. Kemelut rumah tangga yg jelas..

Wahai rakyat M’sia.. Sekiranya anda mencari calon suami utk membina rumah tangga, pilihlah pasangan yg teguh pendirian dan penuh kejujuran. BN tidak dapat menunaikan segala kehendak dalam rumahtangga tetapi BN telah berjaya mempertahankan rumah tangga yg dibina selama 50 tahun. Janganlah menukar pasangan seperti menukar pakaian dan janganlah membakar kelambu jika marahkan nyamuk. Rakyat yg tertipu dan buta dgn cinta indah PR, bukan sahaja sanggup membakar kelambu tp sanggup juga membakar Negara. PR yg hanya pandai berjanji dlm cinta, sedangkan PR tiada asas kejujuran utk membina rumah tangga di M'sia, Sedarlah sebelum terlambat. Pengorbanan adalah satu perjuangan merupakan suatu prinsip yg buta hati dan jiwa..tetapi perjuangan yg memerlukan pengorbanan adalah suatu prinsip yg berani dan jujur. Kedua- dua ini adalah prinsip yg perbeza.

Note: Jujurlah dalam ikatan, Ikhlaslah dalam perhubungan..Semoga rakyat Malaysia berpijak kepada bumi yg nyata. Bukan kepada cinta buta yg tk nyata. Renung-renungkan lah wahai sahabat…

….Wassalam…

Sabtu, 27 Jun 2009

ANTARA ALASAN ATAU KIASAN



Itu hanya kiasan - Nik Aziz
26/06/2009 5:32pm

KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.


"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. – Bernama


Itu hanya Alasan - Nik Aziz

Komen Penulis…..

Sudah gee jangka kenyataan putar belit ini akan keluar jugak dari mulut Nik Aziz. Sebab itulah dari awal lagi gee huraikan dalam artikel “Antara PKM & PKMM” yg menghuraikan secara mendalam ttg perbezaan nasionalisme dan komunisme…..

Nasionalisme yg tidak sekular adalah semangat kebangsaan yg berjuang menentang penjajahan. Semangat yg tidak memisahkan agama dalam perjuangan. Semangat yg tidak pernah menghalang rakyat dari beramal dan beragama. Semangat yg memihak kepada Demokrasi. Bukan kah semua parti di dalam M’sia sekarang punyai semangat kebangsaan utk mempertahankan M’sia..Jadi tidak perlu timbul kononnya nasionalis dan komunis itu sama…ia berbeza sama sekali..apa butakah pemimpin PARTI ISLAM MALAYSIA ini ttg fakta dan sejarah.

Komunisme yg sekular, liberal dan lebih teruk dari itu adalah satu semangat menentang hanya utk menjadi ditektor kepada fahaman yg sama. Semangat yg menolak kepercayaan pada agama dan tuhan. Semangat yg menentang dan tidak menghormati demokrasi. Fahaman ganas dan kejam utk mendapatkan kuasa memerintah. Lebih kepada pemberontakan. Semua sifat ini sama dengan sifat orang-orang PR yg suka mewujudkan demonstrasi jalanan yg huru-hara. Memihak kepada Chin Ping seperti mengiktiraf fahaman komunis itu. Sering mencurigai demokrasi jika gagal pertahankan kerusi. DAP di dalam PR secara terang-terangan menolak Malaysia itu sebuah Negara Islam. Bukankah ini semua sama dgn sifat-sifat komunis ???

Selasa, 16 Jun 2009

ANTARA PKM & PKMM

Secara ringkas gee huraikan, PKM jugak dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Satu Parti yg mengamalkan ideologi komunisme. Komunisme itu adalah sekular kerana ia memisahkan agama daripada politik. Komunis tidak percaya pada agama dan tuhan. Komunis memperjuangkan ketuanan rakyat dan hak sama-rata. Komunis juga menentang Demokrasi. Ada sesetengah pihak cuba meletakkan komunisme dan nasionalisme itu sama, hanya utk membawa bekas-bekas komunis ni pulang ke Malaysia. Malah ade pihak yg sanggup meletakkan nasionalisme UMNO itu sama dgn komunisme. Kita harus tahu nasionalisme itu tidak sekular kerana ia tidak memisahkan agama dengan politik. Nasionalisme adalah satu semangat yg menolak sebarang bentuk penjajahan. Bukankah semua parti politik menentang sebarang penjajahan..inilah dia Nasionalisme tetapi bukan seperti ideologi komunis yg sekular,

Selepas bertapaknya Jepun di Tanah Melayu, wujudlah puak-puak yg berani menentang British. Ini kerana orang-orang melayu mula sedar yg kuasa asia seperti Jepun jugak boleh menundukkan kuasa British. Dari sinilah wujudnya PKMM- Parti kebangsaan Melayu Malaya dianggap sebagai puak pemimpin sayap kiri yg agresif menentang British. PKMM juga ketika itu menentang Malayan Union. Pada mulanya mereka tidak mengangkat senjata kerana parti ini jugak sealiran dgn UMNO. Di dalam penulisan Shamsiah Fakir juga ade menyebut bahawa PKMM dan UMNO adalah satu gerakan org-org melayu yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu tetapi akhirnya UMNO berpecah dari PKMM utk mencari jalan sendiri mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..UMNO dianggap sebagai puak pemimpin sayap kanan yg lebih berminat menggunakan kaedah berbincang dgn British utk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..


PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 yg diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Mengikut sejarah, Mokhtaruddin Lasso adalah seorang pemimpin komunis di Indonesia. Perbezaan Ideologi yg ketara di antara kedua mereka menyumbang kepada wujudnya 2 sayap di bawah PKMM iaitu API dan AWAS pimpinan oleh Ahmad Boestamam agar ideologi komunisme Mokhtaruddin dapat dihapuskan. API dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan AWAS dipimpin oleh Shamsiah Fakir. Apabila Kesatuan Melayu Muda-KMM bergabung dgn PKMM, ideologi parti ini terus cenderung bersifat Nasionalisme sepenuhnya selepas Dr Burhanuddin Helmi mengambil alih pucuk kepimpinan.

Pengaruh PKMM tidak kekal lama apabila UMNO diwujudkan. UMNO yg diasaskan oleh Dato Onn Jaafar adalah sebuah parti yg lebih diyakini oleh orang-orang melayu ketika itu. Walaubagaimana pun Dato Onn Jaafar mengundurkan diri dari umno apabila cadangan Tuanku Abd Rahman utk menerima segala syarat-syarat kemerdekaan dari British. Dato Onn Jaafar ingin membebaskan Tanah Melayu dari British tampa sebarang syarat atau perjanjian.

Di sebabkan sifat PKMM yg tidak mahu berunding dgn British dan menentang secara agresif, parti ini diistiharkan pengkhianat bangsa oleh British ketika itu. Ramai pengikut-pengikut PKMM ditangkap dan dibunuh dgn kejam. Mereka melarikan diri ke dalam hutan lalu bergabung dgn Komunis Malaya utk mendapatkan bekalan senjata. Tujuan meraka utk mempertahankan diri dari serangan tentera British yg diantaranya adalah org-org melayu. Walaupun bergabung dgn komunis mereka tidak pernah mengamalkan ideolog komunisme seperti yg diputar belitkan oleh PR. PKMM bersifat Nasionalisme kerana mereka tidak memisahkan agama dari perjuangan mereka. Mereka tidak membunuh melainkan mereka diserang. Mereka tidak pernah menentang Demokrasi seperti kenyataan PR. Di dalam PKMM mereka punyai biro-biro keagamaan, dan kebajikan. PR menganggap PKMM sebagai Parti Komunis Melayu Malaya. Malaysia hari ini tidak pernah meletakkan PKMM sebegitu rendah kerana PKMM juga berjuang mendapatkan kemerdekaan. Cuma Malaysia tidak pernah mengiktiraf PKMM sebagai perjuang kerana tidak mahu ada pihak yg memutar belitkan fakta seperti yg berlaku sekarang. Melayu Malaysia perlu ingat, PKMM bukan dibayangi Chin Ping seperti kenyataan PR. PKMM adalah gerakan org-org melayu yg berjuang utk kemerdekaan.. Silapnya PKMM mereka meletakkan senjata apabila PKM menyerah kalah..kerana itulah PKMM di salah tafsirkan pembangkang. MEREKA BUKAN KOMUNIS MELAYU……


…WASALAM…

Sabtu, 30 Mei 2009

ALASAN BODOH DI PENANTI

Salam semua sahabat ,,,


Kalau dulu kita mendengar PR menyalak tentang kemasukkan pengundi hantu di setiap PRK, tetapi lain pulak yg terjadi di PRK Penanti pada 31 Mei ini. Menyalak kononnya BN akan membawa pengundi keluar dari Penanti utk mengurangkan peratusan pengundian. Rasanya PR ini sendiri takut dgn bayang2 hitam mereka. Apa mereka menganggap pengundi-pengundi di Penanti ini bodoh atau tak berakal sehingga boleh di bawa keluar tampa rela. Jika lah saya ini pengundi bagi kawasan itu, alangkah terhinanya rasa diperkecilkan sedemikian rupa



Realitinya, PR sendiri telah mengakui kehilangan mejoriti sokongan orang-orang melayu yg menetap di Penanti...Apa logiknya BN membawa keluar pengundi-pengundi ini ???
Ketua pemuda PKR sendiri menegaskan setiap pengundi yg hendak keluar dari Penanti perlu membuang undi terlebih dahulu...siapakah manusia ini yg lantang memaksa pengundi di Penanti.. Undang-undang mane yg PKR ini pakai utk merayu pengundi keluar menunaikan impian busuk mereka ... Sekiranya ada pun pengundi yg keluar boikot pada hari tersebut, tiada seorang umat muhammad di muka bumi ini boleh menghalang kerana tanggungjawab mengundi adalah hak mutlak setiap individu... Nampaknya PKR sendiri telah gagal utk merayu undi dari orang-orang di Penanti...
Kalau dulu sibuk dgn pengundi hantu yg masuk di setiap PRK,,,mungkin mereka menang bertanding kerana pengundi-pengundi hantu tersebut adalah hantu PR sendiri...kali ini sibuk dgn pengundi yg keluar lari...mungkin lari dari memberi undi kepada PR jugak nampaknya...
Janganlah menyalahkan org lain sekiranya anda sendiri tidak dipercayai lagi
........wasalam.....

Rabu, 13 Mei 2009

ANALISIS KEADAAN NEGERI PERAK

Salam semua pembaca….

Keputusan PRU12 tempoh hari rakyat telah memutuskan bahawa BN mempunyai 28 kerusi, DAP 18, PKR 7, PAS 6. Angkara seorang yg tamakkan kuasa hak rakyat ini disangkal dan hak BN ini dirampas.. bagaimana ???

Manusia gile ini telah menggabungkan suara mejoriti pembangkang dgn bertopengkan nama PR, tetapi takut utk menubuhkan PR ini sebagai satu parti yg berdaftar di ROS.. mudah utk kita faham, PR tidak berdaftar kerana tiada niat sebenarnya mereka ini bergabung dlm satu parti seperti BN..mereka hanya menggabungkan suara utk menjatuhkan BN di DUN PERAK ketika itu dan terus merampas PERAK.. mereka mengunakan suara mejoriti dun yg memamg terdapat dlm perlembagaan perak dan Tuanku ketika itu tiada kuasa utk memihak kpd BN lalu terpaksa utk memberi laluan kepada mereka yg perasan menang ini utk menjadi kerajaan di Perak….dan kita lihat sekarang

Manusia gile ini jatuh dgn cara yg sama semasa mereka naik dahulu. Tetapi kali ini mereka menyatakan Tuanku tiada hak menentukan dan harus dipulangkan semula kepada rakyat…. dimana hak rakyat semasa mereka merampas PERAK dahulu…. Tuanku juga berpihak kepada suara mejoriti DUN yg nmpknya kali ini lebih kepada BN…Silapnya BN tidak membuat usul undi tidak percaya di dalam sidang dun kepada Nizar utk menjatuhkannya sebagai MB. Dan ini telahpun diputuskan oleh mahkamah tinggi tempoh hari…kita akur sebab memang kita silap kerana tiadanya usul undi tidak percaya pada nizar.

Adakah manusia gile ini berfikir bagaimana utk menjadi seorang MB dalam PERAK kalau beliau hanya suara menoriti dalam DUN… dan ini lah yg terjadi sekarang ketika mahkamah sekali lagi menerima kes rayuan Dato Zambry dan menggantung keputusan Mahkamah tinggi tempoh hari….Nizar menbawa usul pembubaran Dun kepada Tuanku…Tuanku jugak tiada kuasa utk membubarkan DUN jika nizar tidak dapat undi mejoriti utk membubarkan DUN Perak..dan nizar gagal sekali lagi dalam mejoriti suara… Tuanku mmg bijak kerana nizar akan balik jugak kepada baginda utk mendapatkan perkenan…

Sebelum Kes Rayuan Dato Zambry di dengar…nizar akan jatuh secara undi tidak percaya di dalam Sidang Dun….bukan kah itu yg Nizar mahu ???

Jumaat, 8 Mei 2009

Kalaulah Sikaduk Naik Junjung jadi PM

Kerajaan tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
bangsa lain tepuk tangan...
nak takluk malaysia dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan...
bangsa asing dah akan johan!


PKR mengganas...
orang umno hati panas...
bangsa lain pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan yang teratas...
dorang sokong PR tu ader 'nas'...


kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang korang suke..
kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara...
bangsa lain duduk rumah gelak2 tgk brita...
lemahnya melayu dah tak kuat mana..
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..


di perak satu hal...
bangsa lain diberi tanah hak milik kekal...
melayu tengok terkial-kial
tak pernah berlaku perkara tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal
jangan buat keputusan yang buta akal...
smate2 nak tunaikan janji mual


bangsa lain otak bijak..
dorang sokong la PR yg mcm rojak
lepas melayu jatuh, dorang akan pijak!
Kene tending mcm bola sepak


kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yg nk ganti ?
ahli tertinggi dalam PR
bangsa lain dah menanti...
last2 bangsa lain jadi perdana menteri..
hak melayu akan dinafi..
di malaysia melayu akan jadi kuli..
bangsa lain suka hati lagi ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lebih baik mlayu mati
sekarang bangsa lain tgh menanti
paklah undur, najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri.
PR dah buat prangkap lagi.
nak terjerat najib dgn skandal sendiri...
time ni PR hentam najib sparuh mati...
ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...

Org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..

SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TOLONG LA BERSATU ....
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...
TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
BANGSA LAIN SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI...

Jumaat, 1 Mei 2009

LIBERALISASI & PEMANSUHAN 30% EKUITI BUMIPUTRA


Liberalisasi bermaksud kebebasan tampa sekatan yg luas. Hanya ditekankan pada sektor-sektor kecil yg separa aktif dan tidak pada sektor-sektor yg besar. Diantara yg terlibat adalah sektor pertanian, kewangan, sukan/rekreasi dan lain-lain lagi. Gee akan sentuh sedikit kelebihannya.


Pemansuhan 30% ekuiti bumiputra utk memberi peluang 100% ekuiti kpd pelabur-pelabur asing dilihat sbg langkah berani kerajaan utk menyuntik aliran wang aktif dalam pasaran M'sia. Mmg bijak PM baru kita ini..KENAPA??? Tawaran dibuat utk menarik ramai pelabur-pelabur baru utk menjana pendapatan rakyat M'sia...tampa kita sedar hak 30% ekuiti bumiputra ini masih terpelihara. Sebaai cth kita lihat dlm liberalisasi kewangan yg baru diumumkan tempoh hari, mewujudkan 2 bank Islam berskala besar, 5 bank perdagangan dan 2 syarikat takaful keluarga dilancarkan secara berperingkat mulai tahun ini..pegangan 100% ekuiti pelabur asing ini hanya terhad kpd penubuhan 9 bank ini sahaja. Kalau kita lihat ianya adalah untuk umat-umat Islam M'sia yg kebanyakan org-org melayu.

Walaupun ekuiti pelaksanaannya dipegang 100% pelabur asing tetapi skim-skim & saham-saham amanahnya kelak akan ditawarkan lebih 50% kpd umat-umat Islam M'sia. itulah yg perlu kita lihat. Hanya org-org yg cepat melatah sahaja yg menolak perlaksanaannya.

Kita lihat pula dlm sektor pertanian. Apa-apa program kerajaan kelak akan melibatkan penggunaan tanah yg besar sebagai kos. Sekiranya 100% ekuiti pelabur asing terlibat ia akan disalurkan utk menyewa tanah-tanah milik org melayu dan secara tak kita sedar org-org melayu ini akan ditarik utk mengikuti program bersama pelabur. Semua sedia maklum, tanah-tanah pertanian di M'sia tidak boleh ditukar milik kepada org-org bangsa asing melainkan bumiputra dan modal suntikan yg besar ini dapat meningkatkan teknologi pertanian M'sia. Kebanyakkan sektor pertanian kita pun dimonopoli oleh org-org melayu...Wasalam


PENGORBANAN YG MEMBAWA KEUNTUNGAN....

BUKANNYA 999 TAHUN HAK MILIK KEKAL....










Sabtu, 25 April 2009

Terima kasih ISAC atas komen anda

Gee faham dgn perlepasan hak 2/3 yg diberi oleh british utk menentukan arah tuju perlembagaan kita. Perlepasan ini bole terlaksana sekiranya 2/3 undi diparlimen berpihak kepada hudud..Gee sengaja tidak meyentuh hak 2/3 ini, KENAPA??
Sebagai pemerhati dlm politik, kita tidak boleh melihat pada apa yg tersurat. Kita harus analisis apa yg tersirat.

2/3 hak yg diberi hanya dalam suara mejoriti parlimen, bukan suara rakyat . Setiap 2/3 hak ini diberi pun dgn bersyarat "tiada rusuhan yg mengakibatkan darurat di Malaysia" ingat tu. British bukan bodoh utk melepaskan jajahannya. Jika kita kaji peratusan kaum masyarakat malaysia merangkumi ;-
60% melayu, 26% cina, 8% india, 6% kaum-kaum lain. Gabungan 40% kaum-kaum bangsa lain ini sudah terang menentang hudud dan 60% melayu ini adakah semuanya ISLAM ??

Kita tanya pada diri kita "adakah masyarakat Islam malaysia sudah bersedia untuk mengubal Perlembagaan Diraja sekarang". Apa kita boleh jamin suara 2/3 mejoriti parlimen ini dipersetujui rakyat...Jika rakyat merusuh sehingga terjadinya darurat...Inikah yg kita mahu ???

Hak rakyat jgn disangkal. Sama seperti keadaan di PERAK, suara rakyat memilih BN sebanyak 28 kerusi tetapi disebabkan 2/3 suara mejoriti pembangkang, hak rakyat disangkal dan TUANKU ketika itu terpaksa berpihak kepada 2/3 suara pembangkang ini....dan sehingga sekarang,,keadaan negeri Perak huru-hara dgn suara 2/3 mejoriti parlimen...itulah yg tersirat

Kita mendapat kemerdekaan British dgn perjanjian. Maksudnya kebebasan bersyarat. Malaysia bukan seperti Indonesia berperang utk mendapatkan kebebasan yg azali/asli. Indonesia miliki perjanjian berdarah......

Renung-Renungkan wahai sahabat

Jumaat, 24 April 2009

LOGIKNYA MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM….


Assalamualaikum…

Benarkah kenyataan sebuah Parti Islam untuk wujudkan Negara Islam dan Hudud, sekiranya menjadi kerajaan kelak ??? apa dikalangan orang-orang parti ini buta sejarah atau sengaja utk menipu rakyat Islam di Malaysia…cuba kita lihat semula perlembagaan dalam parti ini..tidak ade pun disebut berkenaan NEGARA ISALAM atau HUDUD


Mengikut Perjanjian Kemerdekaan British, terbentuk dua perjanjian yg nyata, iaitu Perlembagaan Diraja dan Kontrak Sosial…ape diorang tak bace ke ? Kalau orang-orang Islam yg berketurunan Melayu ini berpegang pada Perlembagaan Diraja maka orang-orang bangsa lain pula punyai Kontrak Sosial yg harus dipatuhi dan kedua-dua perjanjian ini ada hubung kait di antara satu sama lain.


Mengikut apa yg tertulis, Tanah Melayu diserahkan kepada kuasa-kuasa Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Setiap hak-hak istimewa orang-orang melayu tersenarai jelas dalam perjanjian ini. Manakala Kontrak Sosial pula diberi keistimewaannya pada bangsa-bangsa lain agar hak-hak mereka turut seimbang dan terpelihara. Inilah yg cuba dipertahankan oleh DAP dan Karpal Singh tempoh hari kerana mereka faham dan tidak bodoh dengan suatu yg tersurat.

Di antara perjanjian yg tercapai:-

-Malaysia harus di ketuai oleh Orang Islam yang berketurunan Melayu, -Malaysia tidak boleh diistiharkan sebagai Negara Islam secara formal, Sekiranya berlaku atau perjanjian ini dilanggar maka kemerdekaan ini terbatal. Dan sekiranya ia terbatal, (bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia utk berhadapan dengan pihak British semula.) Di dalam perjanjian ini juga tersebut, sekiranya keadaan di Malaysia menjadi hura-hara dan tidak terkawal sehingga perintah darurat dikeluarkan, maka pihak British akan turun bertapak utk mengawal jajahannya semua……

Jangan pula ketika itu golongan-golongan dalam parti ini lari angkat kain dari melaksanakan jihad.. Sedangkan pemimpin parti ini sendiri takut utk berjihad kepada dirinya dgn menegakkan kebenaran melalui kaedah Islam iaitu Sumpah Muhaballah…Bukankah itu jihat utk menegakkan kebenaran dalam Islam…………

renung-renungkan wahai Islam Malaysia


DIMANA SAHNYA PAKATAN RAKYAT…..

Negara dikejutkan dengan insiden kederhakaan bekas menteri besar Nizar kepada Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Paling berat lagi perlantikan Dato Dr Zambry Kadir yg dianugerahkan sendiri oleh Tuanku dikatakan tidak sah. Sedarkah PR bahawa dgn perkenan Bagindalah mereka boleh bertapak di Perak. Lebih-lebih lagi perlantikan Nizar dilihat sebagai terpaksa utk memenuhi syarat Perlembagaan Perak yg memerlukan seorang menteri yg beragama Islam dan berketurunan Melayu. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Menteri Besar adalah orang ke-3 dalam kerajaan bersama Sultan. Siapa orang yg ke-2?

Rata-rata masyarakat Malaysia tidak tahu, orang kedua yg dilantik Sultan sebagai penasihat dalam kerajaan Negeri Perak adalah Mufti. Disebabkan itulah Menteri Besar mesti beragama Islam dan Melayu agar urusan menteri melalui mufti itu lebih mudah.

Wahai Nizar, jika anda tidak diperkenankan Sultan pada PRU-12 tempoh hari, PR tidak boleh bertapak di Perak. Adakan PR itu sah berdaftar utk berdiri sebagai pemerintah? Adakah PR itu bertanding atas satu tiket Pakatan Rakyat seperti BN? PAS/PKR/DAP bertanding dengan tiket masing-masing dan ketiga-tiga parti ini tidak melebihi kerusi BN sebanyak 28. Mengikut logiknya jika Nizar tidak diperkenankan memerintah atas alasan PR itu sendiri tidak Sah didaftarkan, mereka sebenarnya perlu menunggu hingga PRU-13 utk duduk di kerusi menteri besar sekarang. Jadi keputusan Tuanku Tempoh hari adalah wajar dan Sah kerana BN sememangnya punyai 28 kerusi dalam PRU-12 dan Sultan memulangkan kepada yang hak…




Khamis, 23 April 2009



MELAYU MASIH BELUM TERLEWAT

Saya menyanjungi kepimpinan melayu kini. Abdullah Badawi dengan perjuangan menaikkan melayu, Nik Aziz dengan kesederhanaan dalam Islam, Anuar Ibrahim yang terkenal dengan kuasa bersuara diantara yang terbaik dunia. Alangkah kuatnya melayu jika mereka bersatu.

Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini.

Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan pusat atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu. Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.

Dulunya saya bangga sebagai suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya. Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails