Jumaat, 24 April 2009


DIMANA SAHNYA PAKATAN RAKYAT…..

Negara dikejutkan dengan insiden kederhakaan bekas menteri besar Nizar kepada Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Paling berat lagi perlantikan Dato Dr Zambry Kadir yg dianugerahkan sendiri oleh Tuanku dikatakan tidak sah. Sedarkah PR bahawa dgn perkenan Bagindalah mereka boleh bertapak di Perak. Lebih-lebih lagi perlantikan Nizar dilihat sebagai terpaksa utk memenuhi syarat Perlembagaan Perak yg memerlukan seorang menteri yg beragama Islam dan berketurunan Melayu. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Menteri Besar adalah orang ke-3 dalam kerajaan bersama Sultan. Siapa orang yg ke-2?

Rata-rata masyarakat Malaysia tidak tahu, orang kedua yg dilantik Sultan sebagai penasihat dalam kerajaan Negeri Perak adalah Mufti. Disebabkan itulah Menteri Besar mesti beragama Islam dan Melayu agar urusan menteri melalui mufti itu lebih mudah.

Wahai Nizar, jika anda tidak diperkenankan Sultan pada PRU-12 tempoh hari, PR tidak boleh bertapak di Perak. Adakan PR itu sah berdaftar utk berdiri sebagai pemerintah? Adakah PR itu bertanding atas satu tiket Pakatan Rakyat seperti BN? PAS/PKR/DAP bertanding dengan tiket masing-masing dan ketiga-tiga parti ini tidak melebihi kerusi BN sebanyak 28. Mengikut logiknya jika Nizar tidak diperkenankan memerintah atas alasan PR itu sendiri tidak Sah didaftarkan, mereka sebenarnya perlu menunggu hingga PRU-13 utk duduk di kerusi menteri besar sekarang. Jadi keputusan Tuanku Tempoh hari adalah wajar dan Sah kerana BN sememangnya punyai 28 kerusi dalam PRU-12 dan Sultan memulangkan kepada yang hak…




1 ulasan:

ISAC berkata...

ITU YG DINAMAKAN MANUSIA...

DATO' SRI EGR NIZAR, MUNGKIN X PERNAH TERMIMPI YANG SUATU HARI BELIAU AKAN DITABALKAN MENJADI MB PERAK. SAMADA SEBELUM PRU 12, MAUPUN SEBAIK SAHAJA MEMENANGI KERUSI DUN, PADA MALAM PRU 12 YG LALU.

TAPI RESAM MANUSIA, APABILA YG DIKEJAR X DAPAT DAN YG DIKENDUNG BERCICIRAN EGO MANUSIA AKAN PASTINYA TERCABAR...MASA ITU IMAN KAN KIAN MENIPIS....

SECARA PERIBADI SAYA MENGHORMATI BELIAU, SEBAGAI TEKNOKRAT YG CUBA MENAIKKAN ISLAM DIBAWAH LOGO PAS. SEBAGAI SEORANG ISLAM, MENEGAKKAN UNDANG2 ALLAH ADALAH FARDHU KIFAYYAH. PERCAYA LAH TANPA SOKONGAN SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA
IA TIDAK AKAN TERTEGAK. JESTRU ITU PERLU ADA DALAM HATI SETIAP INDIVIDU ISLAM DI MALAYSIA, WAIMA MEREKA AHLI PARTI MANA SEKALIPUN, KEINGINAN UNTUK MENYOKONG MENEGAKKAN UNDANG2 ALLAH SWT.

APA YANG SAYA X BERSETUJU DENGAN BELIAU IALAH APABILA PAS YG HANYA MEMPUNYAI 6 KERUSI BERGABUNG DENGAN PKR (7) & DAP (19) DIMANAKAH LOGIKNYA MEREKA MAMPU UNTUK;
1)MENEGAKKAN HUKUM ALLAH
2)MEMPERTAHANKAN HAK ORG2 MELAYU.

MELIHATKAN KEPADA GELAGATNYA (MELATAH) SEBAIK SAHAJA KEHILANGAN JAWATAN MB & KERAJAAN NEGERI PERAK JUGA MENUNJUKKAN BAHAWA SEBAGAI MANUSIA BELIAU (DS EGR NIZAR) JUGA SEBENARNYA HANYALAH SEORANG MANUSIA BIASA...

SAYANG...DIA TERUJI SEBEGITU RUPA...KITA JUGA MUNGKIN AKAN BERKELAKUAN SEPERTINYA...JIKA BERADA "DIKASUT" YG SAMA..

SEAKAN2 SEPERTI ORG YG "GILA TALAK"..... YA LAH KEHILANGAN "ISTERI" TERCINTA (KEHILANGAN JAWATAN MB/KERAJAAN). TAPI APAKAN DAYA...TALAK TIGA (SEMBAH DERHAKA KEPADA SULTAN) TELAH TERUCAPKAN....

DARIPADA MIMPI2 INDAH, BERTUKAR MENJADI KENYATAAN (DITABALKAN MENJADI MB PERAK) TIBA2...MIMPI INDAH ITU TERHEMPAS BAK KACA BERDERAI.....(DITITAHKAN OLEH BAGINDA SULTAN UNTUK MELETAK JAWATAN).

SIAPA LAH YANG BOLEH MENERIMA KENYATAAN YG SEPERTI INI...PASTINYA TERDETIK DI FIKIRAN..."ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA SEMUA INI HANYALAH MIMPI....

KALAU TIDAK TETAP IMAN BOLEH JADI "GILA". GILA HILANG KUASA.

BAGI SAYA, CARA BELIAU MERAIKAN KEMENANGANNYA SEBAGAI "MP" BKT. GANTANG & BAGAIMANA DIA MENANGANI ISU "PEMECATANNYA" AGAK PROVOKATIF DAN TIDAK MOLEK UNTUK SEORANG YANG MEWAKILI SEBUAH PARTI AGAMA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails