Khamis, 23 April 2009



MELAYU MASIH BELUM TERLEWAT

Saya menyanjungi kepimpinan melayu kini. Abdullah Badawi dengan perjuangan menaikkan melayu, Nik Aziz dengan kesederhanaan dalam Islam, Anuar Ibrahim yang terkenal dengan kuasa bersuara diantara yang terbaik dunia. Alangkah kuatnya melayu jika mereka bersatu.

Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini.

Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan pusat atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu. Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.

Dulunya saya bangga sebagai suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya. Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.............

6 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam,
Baik tulisan ini.Melayu memang perlu kembali kepada asal. Melayu perlu kembali bersatu demi anak cucu akan datang.

ISAC berkata...

OH...DAH MULA TULIS ATRIKEL YA ? DAH BERJAYA!!!! Tahniah...

"Hari ini kita dapat lihat bagaimana di bawah DAP, kaum cina di Penang bersatu hati. Hari ini kita juga dapat melihat bagaimana melayu di Penang hanya mampu mengemis & meminta simpati.

OH...DULU PEMBANGKANG!!!!!! SAME KITA GEE....

TAPI ITU SEMUA DULU...DULU SAYA ALPA...DULU SAYA DIMOMOKKAN DENGAN CERITA2 "MATA LEBAM"...DULU SAYA TERTIPU DENGAN SIMATA LEBAM...SEHINGGA SANGGUP MEMBIARKAN SITUA "TUN MAHATHIR" BERSEORANGAN MENANGANI GELORA EKONOMI TAHUN DEMI TAHUN...1997/98/99...

TERKETAR2 DIA DIK KETUAANNYA...
TERSENGGUT-SENGGUT DIA DIK KEKUATAN BADAI YG MELANDA...
TERHUYUNG-HAYANG DIA TANPA RASA SIMPATI SEBAHAGIAN DARI KITA...

KESIHANNYA DIA...

MEMANDANG SITUA "TUN MAHATHIR" DENGAN PENUH RASA KEBENCIAN YG MEMBUAK-BUAK....

SESETANGAH DARI KITA SANGGUP MERUSUH, MEROSAKKAN HARTA BENDA AWAM, MENSABOTAJ IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA....MENAMBAH PARAHKAN LAGI EKONOMI NEGARA....YG SUDAH SEDIA TENAT....

JIKA BOLEH JANGANKAN BATANG TUBUH SITUA ITU BAHKAN BAYANG2 NYA PUN MAU SAJA DILUDAH....ASTAGRFIRULLAH...

BETAPA HINANYA NEGARAWAN TUA ITU DIMATA SESETENGAH DARI KITA...

NAMUN SI TUA ITU TIDAK PERNAH PEDULIKAN ITU SEMUA....BAGINYA MEMPERTAHANKAN NEGARA ADALAH TANGGUNG JAWAB YG LEBIH UTAMA...

BAGINYA MARUAH AGAMA, BANGSA & NEGARA ADALAH LEBIH MULIA...

HARAPANNYA NASIB ANAK-BANGSANYA AKAN TERBELA...

CACIAN SERTA MAKIAN DIBIARKAN SAHAJA...

CEMOHAN & TOHMAHAN HANYA DITELAN...USHA MEMBAIK PULIH EKONOMI TETAP DITERUSKAN....

EKONOMI YANG HAMPIR KARAM DISELAMATKANYA...

KEMERDEKAAN AGAMA, NEGARA DAN ANAK BANGSA BERJAYA DIPERTAHANKAN...

SELESAI TUGASNYA DIA PUN BERSARA...

SEBALIKNYA PERSARAA "SITUA" DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH...OLEH SEBAHAGIAN DARI KITA....

SEOLAH2...PERSARAAN "SI TUA" NEGARAWAN ULUNG ITU UMPAMA MERAIKAN KEMATIAN SEORANG PENDERHAKA.....

BEGITU LAH BAHAYANYA APABILA KITA DIBUTAKAN OLEH "PERSEPSI"...JALAN YG LURUS KITA KATA "BENGKANG-BENGKOK"

ORANG YG SEDANG BERHEMPAS-PULAS MENAMPAL LUBANG KAPAL KITA YANG HAMPIR KARAM...KITA PUKUL & KITA KITAI...

MUJURLAH "SIPENAMPAL LUBANG" ITU BUKAN JENIS ORANG YANG CEPAT PUTUS ASA & CEPAT MENGAKU KALAH....

JIKA TIDAK BUKAN SAHAJA KAPAL AKAN KARAM BAHKAN KITA SEMUA AKAN LEMAS....

BAYANGKAN TANPANYA ADAKAH LAGI MALAYSIA KU YANG MERDEKA?

BAYANGKAN TANPANYA ADAKAH LAGI MALAYSIA KU YANG BERDAULAT?

BAYANGKAN TANPANYA ADAKAH LAGI KAH JATI DIRI BANGSAKU?

KEPADA "SITUA" TUN MAHATHIR....MAAFKAN DI ATAS KETERLANJURAN KU INI...

KINI PENGKHINAT DATANG LAGI HAK MELAYU/BUMIPUTERA HENDAK DIGADAI...DEMI JAWATAN MENTERI PERDANA.

PARTI TUA ORANG MELAYU DISERANG...

BENDERA PARTI TUA DICARIK2

MINDA MUDA-MUDI DIRACUNI,

MALAH DISEMAI DENGAN PERASAAN MAHA BENCI...

BENIH BENCI DISEMAI SEBEGITU RUPA TERHADAP PARTI TUA

PEMIMPIN2 PARTI TUA DITOHMAH DAN DIFITNAH...

JASA PARTI TUA MEMERDEKAKAN TANAH BERTUAH...DIPERSENDA...

IKHSAN PARTI TUA MEMAKMURKAN NEGARA SELAMA 52 TAHUN LAMANYA DIPERLEKEH...

KHIDMAT PARTI TUA MENGHARUNG GELOMBANG EKONOMI...LANGSUNG TIDAK DIPEDULI...

WAHAI BAGSAKU!!!! TIDAK CUKUPKAH....JASA PARTI TUA INI SEHINGGA IA SELAYAKNYA DIMUSUHI DAN DIBENCI OLEH ANAK BANGSANYA SENDIRI?????????

SALAHKAH PARTI TUA INI "MEMANDAIKAN" ANAK BANGSANYA SEHINGGA MEMILIKI SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER DAN WAIMA PHD !

ZALIMKAH PARTI TUA INI YANG CUBA MEMBERIKAN "TONGKAT" KEPADA ANAK-BANGSANYA AGAR MEREKA BOLEH BERTATIH DISAMPING KAUM LAIN YANG TELAH BOLEH BERLARI?

WAHAI BANGSAKU...BUKALAH MATA & MINDAMU!!! TANPA PARTI TUA KITA MUNGKIN TELAH KEHILANGAN SEGALANYA...

TANPA PARTI TUA KITA MUNGKIN TELAH TERJAJAH KEMBALI...

FIKIR2 KANLAH....PELAJARAN TELAH PARTI TUA BERIKAN KEPADA KITA...

KEMEWAHAN SEADANYA JUGA TELAH PARTI TUA BERIKAN...

PILIHLAH INTAN DI ANTARA KACA....
JANGAN SESEKALI KITA TERALPA...
BERHATI-HATI MEMILIH TOK KETUA
SILAP PILIH TERGADAI MARUAH BANGSA.

PasMuda berkata...

Salam,

Panjangnya komen isac. Mcm buat artikel pulak.

Teruskan menulis, gee. Kami semua menyokong anda...

AbgTuah berkata...

SALAM PERKENALAN GEE..

CANTIK BLOG..COOL...DAN BAIK PENULISAN SAUDARI...

TERUSKAN USAHA MURNI INI..

ABGTUAH KAN TERUS MENYOKONG USAHA GEE

AbgTuah berkata...

ALHAMDULLILAH SETELAH MEMBACA ARTIKEL GEE ABGTUAH FAHAM BERTAPA SAYANGNYA GEE KEPADA BANGSA DAN TANAHAIR INI..TERUSKAN GEE..MARILAH KITA USAHAKAN SEDAYA KITA AGAR MELAYU KEMBALI BERSATU..

.@blogger.com berkata...

Salam,
Membaca komen sdr semua terutama ISAC, terasa sebak didada dan keinsafan terasa bertambah. Saya sertai UMNO sejak mula - jadi ajk Pemuda Bahagian dan Ketua Cawangan, apabila TDM undur diri saya undur juiga tetapi dengan harapan UMNO terus utuh. Kini saya perlu kembali kerana kecintaan pemimpin2 sekarang terhadap UMNO hanya kerana untuk kuasa. Dalam keadaan UMNO goyang, kita harus bersama menegakkan kembali perjuangan - menentukan semula arahtuju perjuangan bangsa. Kita harus lakukan dengan sunguh-sungguh dan dengan berani ~ bERANIKAN hATI @ braveheart

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails