Sabtu, 30 Mei 2009

ALASAN BODOH DI PENANTI

Salam semua sahabat ,,,


Kalau dulu kita mendengar PR menyalak tentang kemasukkan pengundi hantu di setiap PRK, tetapi lain pulak yg terjadi di PRK Penanti pada 31 Mei ini. Menyalak kononnya BN akan membawa pengundi keluar dari Penanti utk mengurangkan peratusan pengundian. Rasanya PR ini sendiri takut dgn bayang2 hitam mereka. Apa mereka menganggap pengundi-pengundi di Penanti ini bodoh atau tak berakal sehingga boleh di bawa keluar tampa rela. Jika lah saya ini pengundi bagi kawasan itu, alangkah terhinanya rasa diperkecilkan sedemikian rupa



Realitinya, PR sendiri telah mengakui kehilangan mejoriti sokongan orang-orang melayu yg menetap di Penanti...Apa logiknya BN membawa keluar pengundi-pengundi ini ???
Ketua pemuda PKR sendiri menegaskan setiap pengundi yg hendak keluar dari Penanti perlu membuang undi terlebih dahulu...siapakah manusia ini yg lantang memaksa pengundi di Penanti.. Undang-undang mane yg PKR ini pakai utk merayu pengundi keluar menunaikan impian busuk mereka ... Sekiranya ada pun pengundi yg keluar boikot pada hari tersebut, tiada seorang umat muhammad di muka bumi ini boleh menghalang kerana tanggungjawab mengundi adalah hak mutlak setiap individu... Nampaknya PKR sendiri telah gagal utk merayu undi dari orang-orang di Penanti...
Kalau dulu sibuk dgn pengundi hantu yg masuk di setiap PRK,,,mungkin mereka menang bertanding kerana pengundi-pengundi hantu tersebut adalah hantu PR sendiri...kali ini sibuk dgn pengundi yg keluar lari...mungkin lari dari memberi undi kepada PR jugak nampaknya...
Janganlah menyalahkan org lain sekiranya anda sendiri tidak dipercayai lagi
........wasalam.....

2 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam Srikandi utk semua sahabat...

"Penasihat executive" PKR adalah akitek dalam hal-hal mencipta isu yang bukan-bukan. Sebelum membuat sesuatu perkara ia memikirkan cara dahulu bagaimana dahulu utk "mengadakan propaganda" jika isu itu releven dan logik untuk dipropogandakan maka Anwar akan mengambil kesempatan dan melaung-laungkan isu itu semata-mata mahu mencari keuntongan seketika utk dirinya. Anwar sanggup menuduh dan pandai mengaitkan supaya kerajaan dicaci oleh rakyat. Beginilah caranya Anwar berpolitik. Mencari untong untok sementara utk dirinya...walhal semua angkara itu diciptakan dgn rapi oleh beliau sendiri.Bila rakyat mendengar ucapan dgn berapai-api oleh beliau maka isu yg sengaja dicipta itu menjadi logik dan rakyat yang berfikiran sempit dan fanatik terus menerimanya mentah-mentah.
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah baru bermula maka tdk hairanlah jika ada pehak menganjurkan lawatan bila-bila masa pn dimana dan kemana-mana tempat yang mereka mahu lawati. Tetapi PKR pandai mengambil peluang dan mengisi ruang disebalik rombongan ini mengata pula kepada Umno membawa lari pengundi supaya dihari pengundian Penanti esok peratusan keluar mengundinya rendah dan ini kononnya kerja jahat Umno sdgkan UmnoBN sdri pun tiada kaitan dengan mana-mana calon dan tdk bertanding.
Inilah diantara kerja-kerja karut PKR disaat-saat akhir mencari pengaruh simpati pengundi.Umno pulau Pinang tlh membuat penafian sekeras-kerasnya dakwaan jahat dari PKR ini.
Dulu sibuk dengan pengundi hantu, sekarang sibuk pula dengan pengundi dibawa lari...mana boleh menghalang sesiapa pergi mengundi? itu hak mereka.Begitu juga mana boleh memaksa orang pergi mengundi, itu juga hak mereka...

Kalaulah kerajaan itu tdk betul dan telus dalam proses pilihanraya yang dipertanggongjawabkan kepada SPR sdh tentu Pembangkang dapat merampas 5 negeri dari UmnoBN seperti mana berlaku dalam PRU12 tempuhari.Apa yang kita biasanya jika keputusan pilihanraya itu memehak kpd parti mereka maka eloklah semuanya seperti apa yang berlaku dgn jelas di PRK KT tempuhari.Spt apa yg berlaku pada awalnya kpd pasukan pertugas termasuk pasukan polis dicaci dan dihina begitu sekali atas alasan kehadiran anggota polis begitu ramai mengawasi PRK tersebut, tetapi bila keputusan memihak kpdnya Mustapa Ali pengarah pilihanraya Pas negeri Terengganu terus memberi ucapan tahniah diatas kecekapan pehak polis menggendalikan tugas-tugas dengan baik dan adil.

Sama-samalah kita tunggu keputusan pilihanraya di Penanti esok, macam biasalah jika keputusan itu memehak kepada beliau maka lenyap begitu sahaja tomohan jahat mereka itu. Tetapi jika berlaku sebaliknya maka dapat juga kita sama-sama menyaksikan pelbagai fitnah akan berkemandang disana sini di Harakah, Suara Keadilan, Siasah, bolg BNM dan macam2 lagi lidah rasmi pembangkang.
Kerja seperti adalah kerja utama pemimpin mereka. Mereka banyak masa dalam politik, kerja-kerja utk membantu rakyat dan negara mereka sudah tahu itu kerja-kerja UmnoBN, kerja mereka adalah mahu merampas negara ini. Mereka sanggup menjadi sebagai parasit kepada negara. Rakyat memilih mereka, sebaliknya mereka menggunakan jawatan itu mahu menghancurkan negara ini....PaKMie sokong Kak Min!!!

Asalamualaikum dan salam perjuagan untuk semua warga BPN. Demi agama, bangsa dan negara kita tetap sama-sama pertahankan kebenaran.

Kerana lebih mempercayai orang lain, boleh juga menjadi penyebab orang kurang percaya kepada kita...

.@blogger.com berkata...

Salam Gee,
Akhirnya gee terus berkarya setelah lama mendiamkan diri. Saya selalu mengikuti perkembangan dan tulisan di blog ini bersama-sama yg lain. Semoga gee akan terus dan terusan berkarya ~ bh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails