Sabtu, 27 Jun 2009

ANTARA ALASAN ATAU KIASAN



Itu hanya kiasan - Nik Aziz
26/06/2009 5:32pm

KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.


"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. – Bernama


Itu hanya Alasan - Nik Aziz

Komen Penulis…..

Sudah gee jangka kenyataan putar belit ini akan keluar jugak dari mulut Nik Aziz. Sebab itulah dari awal lagi gee huraikan dalam artikel “Antara PKM & PKMM” yg menghuraikan secara mendalam ttg perbezaan nasionalisme dan komunisme…..

Nasionalisme yg tidak sekular adalah semangat kebangsaan yg berjuang menentang penjajahan. Semangat yg tidak memisahkan agama dalam perjuangan. Semangat yg tidak pernah menghalang rakyat dari beramal dan beragama. Semangat yg memihak kepada Demokrasi. Bukan kah semua parti di dalam M’sia sekarang punyai semangat kebangsaan utk mempertahankan M’sia..Jadi tidak perlu timbul kononnya nasionalis dan komunis itu sama…ia berbeza sama sekali..apa butakah pemimpin PARTI ISLAM MALAYSIA ini ttg fakta dan sejarah.

Komunisme yg sekular, liberal dan lebih teruk dari itu adalah satu semangat menentang hanya utk menjadi ditektor kepada fahaman yg sama. Semangat yg menolak kepercayaan pada agama dan tuhan. Semangat yg menentang dan tidak menghormati demokrasi. Fahaman ganas dan kejam utk mendapatkan kuasa memerintah. Lebih kepada pemberontakan. Semua sifat ini sama dengan sifat orang-orang PR yg suka mewujudkan demonstrasi jalanan yg huru-hara. Memihak kepada Chin Ping seperti mengiktiraf fahaman komunis itu. Sering mencurigai demokrasi jika gagal pertahankan kerusi. DAP di dalam PR secara terang-terangan menolak Malaysia itu sebuah Negara Islam. Bukankah ini semua sama dgn sifat-sifat komunis ???

6 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam,
Walaupun posting ini pendek tetapi padat dan menarik. Teruskan menulis dan jangan jemu. Makin hari follower dah makin ramai dan visitor pun dah banyak. Kira dah berjayalah ni, bangganya abang bh atas kejayaan srikandi-melayu ni. Mmmmmmm!

ISAC berkata...

X habis2 ngn ulasan PKM & PKMM ....:)

AbgTuah berkata...

HAI GEE..

BEST LAH ARTIKEL NI..

BERJUANG MENETANG PENJAJAH BANGSA DAN AGAMA..ADALAH MULIA..MACAM MAT KILAU DATO BAHAMAN..TOK JANGGUT..

NIK AJIS SEBENARNYA DAH KELIRU DAH TAK ADA POINT

megat berkata...

memang di keliru dah pelupa,Dr syed hussien dulu presiden PRM,dah ternyata sosialis paksi komunis,akhirnya tok guru ni terima dia jugak,tak kira komunis atau sosialis yang penting kalau masuk PR semua jadi halal.

eXception berkata...

Bagus Gee, teruskan penulisan anda... Kalo boleh londehkan lagi, selak bag luas... He he he he...

hafszach berkata...

Memang org melayulah yg mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita.. tidak dapat disangkalkan lagi..


Tapi bila UMNo kata mereka yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% giolongan muda dan golongan cerdik pandai melayu dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia-manusia dalam UMNO yang mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sebagai komunis.. Tun Mahathir dan Tunku Abedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!

Kenapa para pemimpin melayu yang menentang British ditangkap di bawah ISA dan diburu sehingga ke dalam hutan..?? siapa yang menjadi dalang dan tali barut british serta pemberi maklumat risikan kepada pihak british tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british...??

Golongan yang menjadi Baruah british inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Jangan jadi bodoh dan cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

Semua org tahu yang UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga british serta bekerja dgn kerajaan british untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang..

Yang saya tahu dan semua org tahu bahawasanya, Orang2 UMNO nilah dahulunya yang mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu.." Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebarang pun tak tahu "

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails