Selasa, 16 Jun 2009

ANTARA PKM & PKMM

Secara ringkas gee huraikan, PKM jugak dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Satu Parti yg mengamalkan ideologi komunisme. Komunisme itu adalah sekular kerana ia memisahkan agama daripada politik. Komunis tidak percaya pada agama dan tuhan. Komunis memperjuangkan ketuanan rakyat dan hak sama-rata. Komunis juga menentang Demokrasi. Ada sesetengah pihak cuba meletakkan komunisme dan nasionalisme itu sama, hanya utk membawa bekas-bekas komunis ni pulang ke Malaysia. Malah ade pihak yg sanggup meletakkan nasionalisme UMNO itu sama dgn komunisme. Kita harus tahu nasionalisme itu tidak sekular kerana ia tidak memisahkan agama dengan politik. Nasionalisme adalah satu semangat yg menolak sebarang bentuk penjajahan. Bukankah semua parti politik menentang sebarang penjajahan..inilah dia Nasionalisme tetapi bukan seperti ideologi komunis yg sekular,

Selepas bertapaknya Jepun di Tanah Melayu, wujudlah puak-puak yg berani menentang British. Ini kerana orang-orang melayu mula sedar yg kuasa asia seperti Jepun jugak boleh menundukkan kuasa British. Dari sinilah wujudnya PKMM- Parti kebangsaan Melayu Malaya dianggap sebagai puak pemimpin sayap kiri yg agresif menentang British. PKMM juga ketika itu menentang Malayan Union. Pada mulanya mereka tidak mengangkat senjata kerana parti ini jugak sealiran dgn UMNO. Di dalam penulisan Shamsiah Fakir juga ade menyebut bahawa PKMM dan UMNO adalah satu gerakan org-org melayu yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu tetapi akhirnya UMNO berpecah dari PKMM utk mencari jalan sendiri mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..UMNO dianggap sebagai puak pemimpin sayap kanan yg lebih berminat menggunakan kaedah berbincang dgn British utk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..


PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 yg diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Mengikut sejarah, Mokhtaruddin Lasso adalah seorang pemimpin komunis di Indonesia. Perbezaan Ideologi yg ketara di antara kedua mereka menyumbang kepada wujudnya 2 sayap di bawah PKMM iaitu API dan AWAS pimpinan oleh Ahmad Boestamam agar ideologi komunisme Mokhtaruddin dapat dihapuskan. API dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan AWAS dipimpin oleh Shamsiah Fakir. Apabila Kesatuan Melayu Muda-KMM bergabung dgn PKMM, ideologi parti ini terus cenderung bersifat Nasionalisme sepenuhnya selepas Dr Burhanuddin Helmi mengambil alih pucuk kepimpinan.

Pengaruh PKMM tidak kekal lama apabila UMNO diwujudkan. UMNO yg diasaskan oleh Dato Onn Jaafar adalah sebuah parti yg lebih diyakini oleh orang-orang melayu ketika itu. Walaubagaimana pun Dato Onn Jaafar mengundurkan diri dari umno apabila cadangan Tuanku Abd Rahman utk menerima segala syarat-syarat kemerdekaan dari British. Dato Onn Jaafar ingin membebaskan Tanah Melayu dari British tampa sebarang syarat atau perjanjian.

Di sebabkan sifat PKMM yg tidak mahu berunding dgn British dan menentang secara agresif, parti ini diistiharkan pengkhianat bangsa oleh British ketika itu. Ramai pengikut-pengikut PKMM ditangkap dan dibunuh dgn kejam. Mereka melarikan diri ke dalam hutan lalu bergabung dgn Komunis Malaya utk mendapatkan bekalan senjata. Tujuan meraka utk mempertahankan diri dari serangan tentera British yg diantaranya adalah org-org melayu. Walaupun bergabung dgn komunis mereka tidak pernah mengamalkan ideolog komunisme seperti yg diputar belitkan oleh PR. PKMM bersifat Nasionalisme kerana mereka tidak memisahkan agama dari perjuangan mereka. Mereka tidak membunuh melainkan mereka diserang. Mereka tidak pernah menentang Demokrasi seperti kenyataan PR. Di dalam PKMM mereka punyai biro-biro keagamaan, dan kebajikan. PR menganggap PKMM sebagai Parti Komunis Melayu Malaya. Malaysia hari ini tidak pernah meletakkan PKMM sebegitu rendah kerana PKMM juga berjuang mendapatkan kemerdekaan. Cuma Malaysia tidak pernah mengiktiraf PKMM sebagai perjuang kerana tidak mahu ada pihak yg memutar belitkan fakta seperti yg berlaku sekarang. Melayu Malaysia perlu ingat, PKMM bukan dibayangi Chin Ping seperti kenyataan PR. PKMM adalah gerakan org-org melayu yg berjuang utk kemerdekaan.. Silapnya PKMM mereka meletakkan senjata apabila PKM menyerah kalah..kerana itulah PKMM di salah tafsirkan pembangkang. MEREKA BUKAN KOMUNIS MELAYU……


…WASALAM…

16 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam Srikandi dan kwn2...

Sejarah membuktikan kepada kita, sejarah juga adalah fakta yang tidak boleh diubah. Sejarah adalah peristiwa yang dirakamkan dalam pelbagai bentuk record bertulis, lisan, rakaman, memorium dan lain-lain. 52 tahun kemerdekaan negara, peristiwa yang berlaku ketika itu masih dalam ingatan bagi org yang sezaman dan kalangan muda mudi sebab usia kemerdekaan masih muda...Sdh tentu generasi yang hidup 52 tahun lalu tdk mudah melupakan peristiwa pahit pada waktu itu? Sudah tentu tidak!

Sedih apabila ada usaha pelbagai pihak yang sengaja membutakan sejarah.Ada juga dikalangan mereka sendiri yang pernah hidup di zaman penuh kegawatan itu. Adakah kerana semata-mata mahukan undi dan kuasa pemerintahan, maka segala cara digunakan walaupun tidak mengira sensitiviti pihak lain?

Wajarkah Bapak Komunis yang pernah menganggu gugat ketenteraman negara (Darurat, 1948-1960 dan Insurgensi, 1960-1989) diangkat sebagai pejuang kemerdekaan?

Pakmie mahu tanya kepada pengagung mereka, apakah JASA mereka terhadap penduduk dan rakyat ketika itu? Adakah mereka bersama-sama membangunkan taraf hidup dan sosial penduduk? Adakah mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Kita cukup kecewa pengagungan yg ditunjukan oleh Pembangkang.Sanggup mempertahankan kepulangan Ching Ping ke negara ini sdgkan beliau tinggal senang dgn kemewahan disana.Apakah hasrat sebenar pembangkang dgn kepulangan Ching Ping itu??

Apakah dia seorg wira? hanya yang kita tahu ilmu didada Ching Ping penuh dgn sifat dendam dan kemusnahan org2 melayu...berapa ramai kaum melayu dibunuh seolah2 mereka sdh lupa.

Demi kemahuan kuasa politik semata-mata PR sanggup berkompromi dgn kaum cina di negara ini sekaligus melupai sejarah-sejarah lampau. Nilai-nilai baik pemerintahan kerajaan hari ini menjadi kabur hanya yg nampak seolah-olah bapak kumunis itu dianggap mulia.

Sejarah membuktikan. Ching Ping seharusnya meminta maaf kpd anggota keselamatan yg berjuang habis-habisan mempertahankan negara tdk kurang juga ramai yg mati terbunuh. Pusara anggota keselamatan yg terbunuh dan saki baki keluarga-keluarga mereka sdh tentu tidak dapat memaafkan Ching Ping apatah lagi mahu menyahut seruan PR untuk membawa pulang Ching Ping ke Tanah air.

geefadzli berkata...

Salam Pakmie...

Terima kasih atas komen yg panjang tu.. Seharusnya anak2 muda sekarang lebih peka dgn sejarah agar fikiran mereka tidak diputar belitkan pembangkang

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Pakatan Rakyat membawa slogan Negara kebajikan..itulah slogan komunis, tak perasan pulak kita semua....

apa yang berlaku di Parlimen dan DUN perak sebenarnya perangai komunis....

red rooster berkata...

Salam perjuangan,
Semoga generasi muda kini kenal sejarah...

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

Apa nak jadi pada bangsaku ini politik taksub semakin menjadi-jadi.Bangsa dijual agama dilacuri demi menegakkan ketuanan al juburi cina dan india. Gembira tak terperi melayu hancur kerana anwar al liwati sampai sekarang tak ku temu di mana Al Ghazali.Takpelah aku sambung lain kali.

ISAC berkata...

Salam...kira setuju lah... :)

ISAC berkata...

X ade posting baru ke?

inman berkata...

syabas srikandi...perbanyakkan artikel berbentuk sejarah..u ntuk menyedarkan generasi lama yg terlupa..dan generasi baru yang tak tahu,buat buat tak tahu...atau yang taksub tak tentu....

AntiHero berkata...

www.antihero2009.blogspot.com
tahniah saudari kerana menerbitkan artikel berbentuk sejarah ini kerana kebanyakkan org2 melayu sendiri lupa pada sejarah bangsa sehingga terikut2 dgn perangai bangsa2 laknat

.@blogger.com berkata...

Salam Gee,
Ni abg besar nak tanya ni, mana posting baru? Apa dah kena atau dah jadi? Abg besar dah kata....menulis...menulis...dan menulis. Nanti abg besar marah baru tau ~ huhu - bRAVEhEART

Jeffry berkata...

SALAM PERJUANGAN PD TUAN RUMAH
ARTIKEL MANTAP DAN PENUH INFO. LEMBARAN SEJARAH YG PATUT DI KETAHUI OLEH SEMUA ORG. LIPATAN SEJARAH YG LALU ADALAH SEBAHAGIAN DARI WAWASAN UTK MASA DEPAN

geefadzli berkata...

Salam Semua...

Terima kasih pada semua komen abg2

Abahnya Faez berkata...

mantap.... bukankah umno juga pernah menjadi parti haram.. dan telah diharamkan...

seterusnya dibubarkan?

sekarang.. daftar umno[baru] betul ke?

ALLAH maha mengetahuinya...

hafszach berkata...

Memang org melayulah yg mempertahankan dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita.. tidak dapat disangkalkan lagi..


Tapi bila UMNo kata mereka yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% giolongan muda dan golongan cerdik pandai melayu dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia-manusia dalam UMNO yang mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sebagai komunis.. Tun Mahathir dan Tunku Abedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!

Kenapa para pemimpin melayu yang menentang British ditangkap di bawah ISA dan diburu sehingga ke dalam hutan..?? siapa yang menjadi dalang dan tali barut british serta pemberi maklumat risikan kepada pihak british tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british...??

Golongan yang menjadi Baruah british inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Jangan jadi bodoh dan cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

Semua org tahu yang UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga british serta bekerja dgn kerajaan british untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang..

Yang saya tahu dan semua org tahu bahawasanya, Orang2 UMNO nilah dahulunya yang mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu.." Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebarang pun tak tahu "

awan berkata...

Saya amat amat bersetuju dengan kenyataan Hafszach.. betul tu.. janganlah menyalahkan orang lain pulak kalau UMNO dulu yang menjadi dalang kepada perdeharkaan terhadap bangsa Melayu sendiri.

Saya nak dengar penjelasan tuan rumah atau sesiapa saja terhadap komen Hafszach ni. Kalau benar, katakan benar, kalau salah katakan salah tapi nyatakan kenapa ianya salah.

Tanpa Nama berkata...

Sejarah itu bukan untuk budak budak yang nak lulus spm dan srp (dulu) sahaja. Golongan yang dah berjanggut putih pun ramai yang masih samar samar tentang sej yang asli.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails