Ahad, 5 Julai 2009

ANTARA MAINAN CINTA PR

Cinta yg indah akan membawa kepada terbentuknya rumah tangga di fasa pertama. Cinta yg penuh dgn keikhlasan akan menjadikan rumah tangga itu kekal dengan kejujuran. Bagaimana cinta PR kepada rakyat Malaysia ??? mari kita terbang sebentar di alam rumah tangga PR…


Kata org cinta itu buta, tetapi akal menjadikan cinta itu penuh dgn bahagia. PR menaburkan janji manis kepada rakyat utk membina rumah tangga di dalam M’sia. Sejauh mana janji itu ditepati ??? Rakyat disakiti dan dibohongi dgn sandiwara yg penuh sistematik.. Dalam PR sendiri kita lihat rumah tangga yg huru-hara. Saling tuduh menuduh utk menegakkan diri masing-masing. PKR yg berpoligami dgn DAP serta PAS telah membentuk satu ikatan rumah tangga yg kita ibaratkan sebagai PR. Kegagalan memenuhi kehendak semua isteri, tidak adil memberi nafkah zahir dan batin adalah jelas menunjukkan PR gagal utk membawa rakyat sebagai Isteri ke 3. Rakyat dipujuk utk sama-sama berpoligami tetapi kehendak kedua-dua isteri DAP/PAS tidak dapat dipenuhi. DAP yg kecewa menuntut cerai dari PR. Kemelut rumah tangga yg jelas..

Wahai rakyat M’sia.. Sekiranya anda mencari calon suami utk membina rumah tangga, pilihlah pasangan yg teguh pendirian dan penuh kejujuran. BN tidak dapat menunaikan segala kehendak dalam rumahtangga tetapi BN telah berjaya mempertahankan rumah tangga yg dibina selama 50 tahun. Janganlah menukar pasangan seperti menukar pakaian dan janganlah membakar kelambu jika marahkan nyamuk. Rakyat yg tertipu dan buta dgn cinta indah PR, bukan sahaja sanggup membakar kelambu tp sanggup juga membakar Negara. PR yg hanya pandai berjanji dlm cinta, sedangkan PR tiada asas kejujuran utk membina rumah tangga di M'sia, Sedarlah sebelum terlambat. Pengorbanan adalah satu perjuangan merupakan suatu prinsip yg buta hati dan jiwa..tetapi perjuangan yg memerlukan pengorbanan adalah suatu prinsip yg berani dan jujur. Kedua- dua ini adalah prinsip yg perbeza.

Note: Jujurlah dalam ikatan, Ikhlaslah dalam perhubungan..Semoga rakyat Malaysia berpijak kepada bumi yg nyata. Bukan kepada cinta buta yg tk nyata. Renung-renungkan lah wahai sahabat…

….Wassalam…

13 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam sri kandi dan kwn2...

Diantara actikel yang baik, inilah yang tebaik bagi Pakmie. Sehingga tidak boleh dikomen lagi.

Cuma satu sahaja pesanan Pakmie "Jangan mati sebelum mati yang sebanar..." kita semua orang perjuangan...

Hilang gelap, maka timbul lah terang.

P/S: Nasib baik PR tidak PM

Afdzal Mokhtar berkata...

salam kak gee...PR ni bergabung di atas satu sebab iaitu menjatuhkan BN..ideologi mmg x same...x lame lagi runtuh la PR tu..serius ni...hehehe

anakmelayu30.blogspot.com...

support!!!

.@blogger.com berkata...

Salam Adik Gee,
Abang besar komen sikit sini;
Setuju bahawa antara semua posting yang gee buat ini adalah yang terbaik dari banyak sudut: Ideanya fresh - bukan ciplak atau copyright, pengolahan dan penulisannya menarik kerana dimulakan dengan mengibaratkan sebuah rumahtangga - penterjemahan perasaan itu sgt memberi kesan mcm ianya benar-benar belaku dalam kehidupan. Apa pun abang harap terus menulis dan jangan jemu, tulisanmu akan sentiasa diikuti..~ bRAVEhEART

AbgTuah berkata...

SALAM GEE...

WAHH..TERPEGUN SEJENAK TUAH PABILA MENGIKUTI, MEMBACA KISAH CINTA YANG GEE PAPARKAN.

SATU KISAH YANG PENUH DENGAN TAULADAN DAN SUNGGUH MENYEDARKAN.

IDEA ORI..TWO THUMBS-UP.

srikandi melayu berkata...

Salam semua..

Terima kasih atas komen abg semua...

megat berkata...

:-) tak kenal maka tak cinta, mungkin orang di sebelah sana di butakan cinta .

srikandi melayu berkata...

Salm megat..

Mcm perli jew bunyinye...kekekekekekek

megat berkata...

ya la perli orang sebelah sana haha.. dorang tak kenal pasal tu la benci, cuba kalau dah kenal,mesti la sayang kan kan haha

AKIL berkata...

auww..abg pon nk ucap kn tahniah la kat akak gee ek..best laa artikel u..secantik muke u n rambut free hair u..ala2 rmbut iklan pantene lg..u bile nk pakai tudung ni??xtakut rmbut u kne bkr ngan api neraka ke??auww..u ni cntik laa..i dh jth ati kt u..same sperti abg22 ngan adik2 kt atas ni..diorg sbenarnye nk kt u je..xmcm i..i iklas cintakan u..

binjidan berkata...

perhhh yang selama ini umno/Bn merompak harta rakyat menindas..membunuh ahli agama korang tak nampak semuanya dibutakan mata kalian..khairy jamaludin aka menantu dolah badawi merompak secara senyap 40sen setiap pek kotak rokok yng kalian beli..belom lg kes rasuah bertimbun2..gua tk nk bukak bnyak lu orang cari la info sendri klu nk persoalkan hal politik negara..bagi aku tak ada satu parti politik pun yg memperjuangkan hak rakyat ..kuasa yg ada cuma untuk menjaga kepentingan peribadi sahaja. malahan raja2 melayu cuma alat dan agama hanya barang dagangan untuk mendapat laba dan kuasa.

PaKMie berkata...

Salam...Srikandi dan kwn2

Pakmie rasakan dunia semakin sempit bila membaca sekali lagi actikel diatas tu...

Asalamualaikum dan salam sejahtera dan slmt berjuang...

wanita berkata...

Askum Srikandi,
saya berpendapatan,ape yg srikandi tulis tu ada kebenarannya...cuma sesetengah org yg suka bermain dgn cinta akan rasa dunia semakin sempit bila dia mengulangi membaca artikal antara mainan cinta PR...sekian terima kasih...

srikandi melayu berkata...

Salam semua...
wakakakkakakakak..ada gak yg tolong defend yerk.
Setuju dgn kamu wanita..1000 point

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails