Selasa, 4 Ogos 2009

JANGAN SAMPAI DARURAT


BALING 2 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak memohon perkenan pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong jika pihak tertentu bertindak keterlaluan sehingga mencabar pihak polis dan tentera.

"Jangan sampai polis dan tentera terpaksa bertindak. Saya sanggup jumpa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
BERITA UTAMA ARKIB : 03/08/2009


KOMEN DARI SRIKANDI….

Darurat???? Inikah yg masyarakat 1Malaysia mahu…dalam erti kata lain pemerintahan tentera yg diterajui oleh Yang di-Pertuan Agong..Satu kuasa pemerintahan yg boleh dikatakan tegas, Kami orang-orang melayu tiada masalah dalam pengistiharan darurat kerana sudah pasti kami memang bernaung dibawah panji-panji diraja apatah lagi tentera-tentera di Malaysia dikalangan orang melayu sendiri. Bagaimana dengan bangsa lain…sudahkah kamu semua bersedia??? Apa yg menyedihkan segala jentera untuk kelancaran enjin di Malaysia akan terhenti mengejut. Terutama ekonomi dan aliran kewangan dalam Negara. Apa natijahnya kepada bangsa-bangsa bukan melayu ???

MASYARAKAT CINA DAN INDIA – Ekonomi yg terbantut mengejut akan mematikan pendapatan bangsa ini. Kita di Malaysia sudah sedia maklum, ekonomi Malaysia ini di monopoli bangsa ini. Sekatan pada pelabur-pelabur luar, sekatan pada aliran wang keluar masuk dan juga kejatuhan nilai matawang yg tidak dapat di bayangkan. Bolehkah bangsa ini hidup dalam keadaan yg rumit ini. Mereka yg hidup dengan kemewahan, bersuka ria di luar saat bulan tegak di kepala akan berkurung sehingga matahari mengeluarkan sinar pagi. Ada jugak hikmahnya bila aktiviti malam ini terhenti, sekurang-kurangnya tiada masalah sosial dan maksiat. Disaat ini wang berjuta ringgit pun tiada nilainya kerana barang-barang keperluan hidup lebih penting dari nilai wang. Tapi apa yg pasti bangsa-bangsa ini tidak pula keluar utk menghadirkan diri berdemontrasi..Sedarkah semua wahai melayu??? Bodohnya bangsaku melayu..GMI…

MASYARAKAT MELAYU – Secara tak langsung kejatuhan ekonomi yg mengejut akan menutup segala peluang-peluang pekerjaan bangsa melayu Malaysia. Balik kampung tanam jagung, makan kangkung, duk mencakung. Tapi rasanya melayu sudah biasa susah. Boleh makan apa yg ada. Tentera-tentera kita pun banyak membantu..Apa ada hal!!! Tiada lagi Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan khayalan Pakatan Rakyat..Bukankah ini yg melayu perusuh mahukan??? Tapi tidak dapat srikandi bayangkan bile pekerjaan ku hilang, duit ku melayang…aduiiii sakitnya..


WASSALAM

3 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam,
seri ni masih mantap..emm. tulisannya walaupun jarang sekali menulis tetapi sangat memberi erti banyak yang menanti-nanti yang terbaru dari seri...teruskan menulis dan menyuarakan kebenaran yang hakiki ~ bRAVEhEART

wanita berkata...

Askum Srikandi,
bagus penulisan anda kali ni..saya berharap srikandi dpt menulis fakta2 sebegini dgn lebih byk lagi...biar semua bangsa sedar yang MELAYU ni tetap akan utuh walaupun badai bergelora...

ISAC berkata...

Salam Gee,

Yang berdemo tu ramainya Melayu...Cina LGE pun X datang...Hindraf ada lah cikit....

Dia orang memang tau takut pada darurat....

Yang "nothing to loose" ni anak2 Melayu....Hampir 95% rasanya yang berdemo ari tu anak2 dan bapak2 Melayu....Atoknye pun ade sikit2 kot....

DSAI, LKS dan pemimpin2 PR yang lain cuma tunjuk muka aje....Sebelum kena tembak ngn "water canon" & bom asap...Mereka ni dah lama cabut agaknya.....

Yang ramai2 kena tembak asap dan kena sembur air lada tu...Apa agaknya yang diperjuangkan? ISA hanya tangkap mereka yang "jahat" dan berniat untuk menimbulkan kekacauan aje....Yang mereka ni susah2 buat demo kenapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails