Sabtu, 25 April 2009

Terima kasih ISAC atas komen anda

Gee faham dgn perlepasan hak 2/3 yg diberi oleh british utk menentukan arah tuju perlembagaan kita. Perlepasan ini bole terlaksana sekiranya 2/3 undi diparlimen berpihak kepada hudud..Gee sengaja tidak meyentuh hak 2/3 ini, KENAPA??
Sebagai pemerhati dlm politik, kita tidak boleh melihat pada apa yg tersurat. Kita harus analisis apa yg tersirat.

2/3 hak yg diberi hanya dalam suara mejoriti parlimen, bukan suara rakyat . Setiap 2/3 hak ini diberi pun dgn bersyarat "tiada rusuhan yg mengakibatkan darurat di Malaysia" ingat tu. British bukan bodoh utk melepaskan jajahannya. Jika kita kaji peratusan kaum masyarakat malaysia merangkumi ;-
60% melayu, 26% cina, 8% india, 6% kaum-kaum lain. Gabungan 40% kaum-kaum bangsa lain ini sudah terang menentang hudud dan 60% melayu ini adakah semuanya ISLAM ??

Kita tanya pada diri kita "adakah masyarakat Islam malaysia sudah bersedia untuk mengubal Perlembagaan Diraja sekarang". Apa kita boleh jamin suara 2/3 mejoriti parlimen ini dipersetujui rakyat...Jika rakyat merusuh sehingga terjadinya darurat...Inikah yg kita mahu ???

Hak rakyat jgn disangkal. Sama seperti keadaan di PERAK, suara rakyat memilih BN sebanyak 28 kerusi tetapi disebabkan 2/3 suara mejoriti pembangkang, hak rakyat disangkal dan TUANKU ketika itu terpaksa berpihak kepada 2/3 suara pembangkang ini....dan sehingga sekarang,,keadaan negeri Perak huru-hara dgn suara 2/3 mejoriti parlimen...itulah yg tersirat

Kita mendapat kemerdekaan British dgn perjanjian. Maksudnya kebebasan bersyarat. Malaysia bukan seperti Indonesia berperang utk mendapatkan kebebasan yg azali/asli. Indonesia miliki perjanjian berdarah......

Renung-Renungkan wahai sahabat

Jumaat, 24 April 2009

LOGIKNYA MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM….


Assalamualaikum…

Benarkah kenyataan sebuah Parti Islam untuk wujudkan Negara Islam dan Hudud, sekiranya menjadi kerajaan kelak ??? apa dikalangan orang-orang parti ini buta sejarah atau sengaja utk menipu rakyat Islam di Malaysia…cuba kita lihat semula perlembagaan dalam parti ini..tidak ade pun disebut berkenaan NEGARA ISALAM atau HUDUD


Mengikut Perjanjian Kemerdekaan British, terbentuk dua perjanjian yg nyata, iaitu Perlembagaan Diraja dan Kontrak Sosial…ape diorang tak bace ke ? Kalau orang-orang Islam yg berketurunan Melayu ini berpegang pada Perlembagaan Diraja maka orang-orang bangsa lain pula punyai Kontrak Sosial yg harus dipatuhi dan kedua-dua perjanjian ini ada hubung kait di antara satu sama lain.


Mengikut apa yg tertulis, Tanah Melayu diserahkan kepada kuasa-kuasa Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Setiap hak-hak istimewa orang-orang melayu tersenarai jelas dalam perjanjian ini. Manakala Kontrak Sosial pula diberi keistimewaannya pada bangsa-bangsa lain agar hak-hak mereka turut seimbang dan terpelihara. Inilah yg cuba dipertahankan oleh DAP dan Karpal Singh tempoh hari kerana mereka faham dan tidak bodoh dengan suatu yg tersurat.

Di antara perjanjian yg tercapai:-

-Malaysia harus di ketuai oleh Orang Islam yang berketurunan Melayu, -Malaysia tidak boleh diistiharkan sebagai Negara Islam secara formal, Sekiranya berlaku atau perjanjian ini dilanggar maka kemerdekaan ini terbatal. Dan sekiranya ia terbatal, (bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia utk berhadapan dengan pihak British semula.) Di dalam perjanjian ini juga tersebut, sekiranya keadaan di Malaysia menjadi hura-hara dan tidak terkawal sehingga perintah darurat dikeluarkan, maka pihak British akan turun bertapak utk mengawal jajahannya semua……

Jangan pula ketika itu golongan-golongan dalam parti ini lari angkat kain dari melaksanakan jihad.. Sedangkan pemimpin parti ini sendiri takut utk berjihad kepada dirinya dgn menegakkan kebenaran melalui kaedah Islam iaitu Sumpah Muhaballah…Bukankah itu jihat utk menegakkan kebenaran dalam Islam…………

renung-renungkan wahai Islam Malaysia


DIMANA SAHNYA PAKATAN RAKYAT…..

Negara dikejutkan dengan insiden kederhakaan bekas menteri besar Nizar kepada Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Paling berat lagi perlantikan Dato Dr Zambry Kadir yg dianugerahkan sendiri oleh Tuanku dikatakan tidak sah. Sedarkah PR bahawa dgn perkenan Bagindalah mereka boleh bertapak di Perak. Lebih-lebih lagi perlantikan Nizar dilihat sebagai terpaksa utk memenuhi syarat Perlembagaan Perak yg memerlukan seorang menteri yg beragama Islam dan berketurunan Melayu. Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Menteri Besar adalah orang ke-3 dalam kerajaan bersama Sultan. Siapa orang yg ke-2?

Rata-rata masyarakat Malaysia tidak tahu, orang kedua yg dilantik Sultan sebagai penasihat dalam kerajaan Negeri Perak adalah Mufti. Disebabkan itulah Menteri Besar mesti beragama Islam dan Melayu agar urusan menteri melalui mufti itu lebih mudah.

Wahai Nizar, jika anda tidak diperkenankan Sultan pada PRU-12 tempoh hari, PR tidak boleh bertapak di Perak. Adakan PR itu sah berdaftar utk berdiri sebagai pemerintah? Adakah PR itu bertanding atas satu tiket Pakatan Rakyat seperti BN? PAS/PKR/DAP bertanding dengan tiket masing-masing dan ketiga-tiga parti ini tidak melebihi kerusi BN sebanyak 28. Mengikut logiknya jika Nizar tidak diperkenankan memerintah atas alasan PR itu sendiri tidak Sah didaftarkan, mereka sebenarnya perlu menunggu hingga PRU-13 utk duduk di kerusi menteri besar sekarang. Jadi keputusan Tuanku Tempoh hari adalah wajar dan Sah kerana BN sememangnya punyai 28 kerusi dalam PRU-12 dan Sultan memulangkan kepada yang hak…




Khamis, 23 April 2009



MELAYU MASIH BELUM TERLEWAT

Saya menyanjungi kepimpinan melayu kini. Abdullah Badawi dengan perjuangan menaikkan melayu, Nik Aziz dengan kesederhanaan dalam Islam, Anuar Ibrahim yang terkenal dengan kuasa bersuara diantara yang terbaik dunia. Alangkah kuatnya melayu jika mereka bersatu.

Hari ini kita lihat bagaimana di dalam DAP, kaum cina di Penang bersatu. Hari ini kita juga telah lihat bagaimana melayu di Penang meminta & merayu. Alangkah hinanya melayu kini, terpaksa meminta-minta ditanah tumpah darahnye sendiri. Pernahkah BN seperti ini? Saya tidak sanggup melihat bangsa melayu diperlakukan begini.

Terlaksanakah manifesto yang dijanji? DEB dibubar, bonus & alaun dinafi, turunnya 50% tol dinanti. Sebagai kerajaan negeri DAP boleh menunaikannya. Mengapa harus menunggu menjadi kerajaan pusat? Buktikan dulu sebagai kerajaan negeri. Apa yang saya tahu, bonus & alaun bukan dalam kawalan kerajaan pusat atau JPA. Ia boleh terlaksana jika kerajaan negeri mampu. Dengan kata lain parti yang banyak cakap ini tiada peruntukan, tiada duit untuk menjadi kerajaan negeri. Mengapa Kerajaan negeri ini harus meminta Petronas untuk membiayai kos untuk pembinaan jambatan kedua? Apa cagarannya tol tidak wujud jika petronas terlibat. Kita semua sudah sedia maklum, Petronas adalah sebuah organisasi besar dalam kerajaan. Kalau ia terlibat sudah tentunya tol masih wujud di Penang. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, mengapa harus tertipu.

Dulunya saya bangga sebagai suara pembangkang yang kononnya bertindak untuk rakyat, tetapi setelah PRU ke 12 berakhir saya menangis melihat bangsa melayu berpecah kerana melayu sendiri. Saya sedar betapa kuatnya kepimpinan melayu dalam barisan. Ibarat pepatah kita wahai orang melayu, walaupun tempang tidak seimbang tapi masih berjalan sampai akhirnya. Kini di Penang Melayu di bawah kuasa DAP. Sejarah Singapura berulang kembali. Hanya kerana satu suara ianya tergadai. Anuar Ibrahim yang dulunya megah dengan DEB, yang melaksanakan dan menguatkan dasar ini, kini hanya lihat ia dihina tampa bicara. Dimana hilangnya kuasa suara diantara terbaik dunia ini. Kalau inilah pertaruhan yang perlu digadai agar pembangkang bangkit sebagai kerajaan, lupakanlah soal kemenangan, bangkitlah kembali dalam barisan, agar melayu gemilang, cemerlang dan terbilang.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails