Sabtu, 30 Mei 2009

ALASAN BODOH DI PENANTI

Salam semua sahabat ,,,


Kalau dulu kita mendengar PR menyalak tentang kemasukkan pengundi hantu di setiap PRK, tetapi lain pulak yg terjadi di PRK Penanti pada 31 Mei ini. Menyalak kononnya BN akan membawa pengundi keluar dari Penanti utk mengurangkan peratusan pengundian. Rasanya PR ini sendiri takut dgn bayang2 hitam mereka. Apa mereka menganggap pengundi-pengundi di Penanti ini bodoh atau tak berakal sehingga boleh di bawa keluar tampa rela. Jika lah saya ini pengundi bagi kawasan itu, alangkah terhinanya rasa diperkecilkan sedemikian rupa



Realitinya, PR sendiri telah mengakui kehilangan mejoriti sokongan orang-orang melayu yg menetap di Penanti...Apa logiknya BN membawa keluar pengundi-pengundi ini ???
Ketua pemuda PKR sendiri menegaskan setiap pengundi yg hendak keluar dari Penanti perlu membuang undi terlebih dahulu...siapakah manusia ini yg lantang memaksa pengundi di Penanti.. Undang-undang mane yg PKR ini pakai utk merayu pengundi keluar menunaikan impian busuk mereka ... Sekiranya ada pun pengundi yg keluar boikot pada hari tersebut, tiada seorang umat muhammad di muka bumi ini boleh menghalang kerana tanggungjawab mengundi adalah hak mutlak setiap individu... Nampaknya PKR sendiri telah gagal utk merayu undi dari orang-orang di Penanti...
Kalau dulu sibuk dgn pengundi hantu yg masuk di setiap PRK,,,mungkin mereka menang bertanding kerana pengundi-pengundi hantu tersebut adalah hantu PR sendiri...kali ini sibuk dgn pengundi yg keluar lari...mungkin lari dari memberi undi kepada PR jugak nampaknya...
Janganlah menyalahkan org lain sekiranya anda sendiri tidak dipercayai lagi
........wasalam.....

Rabu, 13 Mei 2009

ANALISIS KEADAAN NEGERI PERAK

Salam semua pembaca….

Keputusan PRU12 tempoh hari rakyat telah memutuskan bahawa BN mempunyai 28 kerusi, DAP 18, PKR 7, PAS 6. Angkara seorang yg tamakkan kuasa hak rakyat ini disangkal dan hak BN ini dirampas.. bagaimana ???

Manusia gile ini telah menggabungkan suara mejoriti pembangkang dgn bertopengkan nama PR, tetapi takut utk menubuhkan PR ini sebagai satu parti yg berdaftar di ROS.. mudah utk kita faham, PR tidak berdaftar kerana tiada niat sebenarnya mereka ini bergabung dlm satu parti seperti BN..mereka hanya menggabungkan suara utk menjatuhkan BN di DUN PERAK ketika itu dan terus merampas PERAK.. mereka mengunakan suara mejoriti dun yg memamg terdapat dlm perlembagaan perak dan Tuanku ketika itu tiada kuasa utk memihak kpd BN lalu terpaksa utk memberi laluan kepada mereka yg perasan menang ini utk menjadi kerajaan di Perak….dan kita lihat sekarang

Manusia gile ini jatuh dgn cara yg sama semasa mereka naik dahulu. Tetapi kali ini mereka menyatakan Tuanku tiada hak menentukan dan harus dipulangkan semula kepada rakyat…. dimana hak rakyat semasa mereka merampas PERAK dahulu…. Tuanku juga berpihak kepada suara mejoriti DUN yg nmpknya kali ini lebih kepada BN…Silapnya BN tidak membuat usul undi tidak percaya di dalam sidang dun kepada Nizar utk menjatuhkannya sebagai MB. Dan ini telahpun diputuskan oleh mahkamah tinggi tempoh hari…kita akur sebab memang kita silap kerana tiadanya usul undi tidak percaya pada nizar.

Adakah manusia gile ini berfikir bagaimana utk menjadi seorang MB dalam PERAK kalau beliau hanya suara menoriti dalam DUN… dan ini lah yg terjadi sekarang ketika mahkamah sekali lagi menerima kes rayuan Dato Zambry dan menggantung keputusan Mahkamah tinggi tempoh hari….Nizar menbawa usul pembubaran Dun kepada Tuanku…Tuanku jugak tiada kuasa utk membubarkan DUN jika nizar tidak dapat undi mejoriti utk membubarkan DUN Perak..dan nizar gagal sekali lagi dalam mejoriti suara… Tuanku mmg bijak kerana nizar akan balik jugak kepada baginda utk mendapatkan perkenan…

Sebelum Kes Rayuan Dato Zambry di dengar…nizar akan jatuh secara undi tidak percaya di dalam Sidang Dun….bukan kah itu yg Nizar mahu ???

Jumaat, 8 Mei 2009

Kalaulah Sikaduk Naik Junjung jadi PM

Kerajaan tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
bangsa lain tepuk tangan...
nak takluk malaysia dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan...
bangsa asing dah akan johan!


PKR mengganas...
orang umno hati panas...
bangsa lain pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan yang teratas...
dorang sokong PR tu ader 'nas'...


kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang korang suke..
kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara...
bangsa lain duduk rumah gelak2 tgk brita...
lemahnya melayu dah tak kuat mana..
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..


di perak satu hal...
bangsa lain diberi tanah hak milik kekal...
melayu tengok terkial-kial
tak pernah berlaku perkara tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal
jangan buat keputusan yang buta akal...
smate2 nak tunaikan janji mual


bangsa lain otak bijak..
dorang sokong la PR yg mcm rojak
lepas melayu jatuh, dorang akan pijak!
Kene tending mcm bola sepak


kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yg nk ganti ?
ahli tertinggi dalam PR
bangsa lain dah menanti...
last2 bangsa lain jadi perdana menteri..
hak melayu akan dinafi..
di malaysia melayu akan jadi kuli..
bangsa lain suka hati lagi ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lebih baik mlayu mati
sekarang bangsa lain tgh menanti
paklah undur, najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri.
PR dah buat prangkap lagi.
nak terjerat najib dgn skandal sendiri...
time ni PR hentam najib sparuh mati...
ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...

Org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..

SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TOLONG LA BERSATU ....
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...
TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
BANGSA LAIN SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI...

Jumaat, 1 Mei 2009

LIBERALISASI & PEMANSUHAN 30% EKUITI BUMIPUTRA


Liberalisasi bermaksud kebebasan tampa sekatan yg luas. Hanya ditekankan pada sektor-sektor kecil yg separa aktif dan tidak pada sektor-sektor yg besar. Diantara yg terlibat adalah sektor pertanian, kewangan, sukan/rekreasi dan lain-lain lagi. Gee akan sentuh sedikit kelebihannya.


Pemansuhan 30% ekuiti bumiputra utk memberi peluang 100% ekuiti kpd pelabur-pelabur asing dilihat sbg langkah berani kerajaan utk menyuntik aliran wang aktif dalam pasaran M'sia. Mmg bijak PM baru kita ini..KENAPA??? Tawaran dibuat utk menarik ramai pelabur-pelabur baru utk menjana pendapatan rakyat M'sia...tampa kita sedar hak 30% ekuiti bumiputra ini masih terpelihara. Sebaai cth kita lihat dlm liberalisasi kewangan yg baru diumumkan tempoh hari, mewujudkan 2 bank Islam berskala besar, 5 bank perdagangan dan 2 syarikat takaful keluarga dilancarkan secara berperingkat mulai tahun ini..pegangan 100% ekuiti pelabur asing ini hanya terhad kpd penubuhan 9 bank ini sahaja. Kalau kita lihat ianya adalah untuk umat-umat Islam M'sia yg kebanyakan org-org melayu.

Walaupun ekuiti pelaksanaannya dipegang 100% pelabur asing tetapi skim-skim & saham-saham amanahnya kelak akan ditawarkan lebih 50% kpd umat-umat Islam M'sia. itulah yg perlu kita lihat. Hanya org-org yg cepat melatah sahaja yg menolak perlaksanaannya.

Kita lihat pula dlm sektor pertanian. Apa-apa program kerajaan kelak akan melibatkan penggunaan tanah yg besar sebagai kos. Sekiranya 100% ekuiti pelabur asing terlibat ia akan disalurkan utk menyewa tanah-tanah milik org melayu dan secara tak kita sedar org-org melayu ini akan ditarik utk mengikuti program bersama pelabur. Semua sedia maklum, tanah-tanah pertanian di M'sia tidak boleh ditukar milik kepada org-org bangsa asing melainkan bumiputra dan modal suntikan yg besar ini dapat meningkatkan teknologi pertanian M'sia. Kebanyakkan sektor pertanian kita pun dimonopoli oleh org-org melayu...Wasalam


PENGORBANAN YG MEMBAWA KEUNTUNGAN....

BUKANNYA 999 TAHUN HAK MILIK KEKAL....










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails