Sabtu, 27 Jun 2009

ANTARA ALASAN ATAU KIASAN



Itu hanya kiasan - Nik Aziz
26/06/2009 5:32pm

KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.


"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. – Bernama


Itu hanya Alasan - Nik Aziz

Komen Penulis…..

Sudah gee jangka kenyataan putar belit ini akan keluar jugak dari mulut Nik Aziz. Sebab itulah dari awal lagi gee huraikan dalam artikel “Antara PKM & PKMM” yg menghuraikan secara mendalam ttg perbezaan nasionalisme dan komunisme…..

Nasionalisme yg tidak sekular adalah semangat kebangsaan yg berjuang menentang penjajahan. Semangat yg tidak memisahkan agama dalam perjuangan. Semangat yg tidak pernah menghalang rakyat dari beramal dan beragama. Semangat yg memihak kepada Demokrasi. Bukan kah semua parti di dalam M’sia sekarang punyai semangat kebangsaan utk mempertahankan M’sia..Jadi tidak perlu timbul kononnya nasionalis dan komunis itu sama…ia berbeza sama sekali..apa butakah pemimpin PARTI ISLAM MALAYSIA ini ttg fakta dan sejarah.

Komunisme yg sekular, liberal dan lebih teruk dari itu adalah satu semangat menentang hanya utk menjadi ditektor kepada fahaman yg sama. Semangat yg menolak kepercayaan pada agama dan tuhan. Semangat yg menentang dan tidak menghormati demokrasi. Fahaman ganas dan kejam utk mendapatkan kuasa memerintah. Lebih kepada pemberontakan. Semua sifat ini sama dengan sifat orang-orang PR yg suka mewujudkan demonstrasi jalanan yg huru-hara. Memihak kepada Chin Ping seperti mengiktiraf fahaman komunis itu. Sering mencurigai demokrasi jika gagal pertahankan kerusi. DAP di dalam PR secara terang-terangan menolak Malaysia itu sebuah Negara Islam. Bukankah ini semua sama dgn sifat-sifat komunis ???

Selasa, 16 Jun 2009

ANTARA PKM & PKMM

Secara ringkas gee huraikan, PKM jugak dikenali sebagai Parti Komunis Malaya. Satu Parti yg mengamalkan ideologi komunisme. Komunisme itu adalah sekular kerana ia memisahkan agama daripada politik. Komunis tidak percaya pada agama dan tuhan. Komunis memperjuangkan ketuanan rakyat dan hak sama-rata. Komunis juga menentang Demokrasi. Ada sesetengah pihak cuba meletakkan komunisme dan nasionalisme itu sama, hanya utk membawa bekas-bekas komunis ni pulang ke Malaysia. Malah ade pihak yg sanggup meletakkan nasionalisme UMNO itu sama dgn komunisme. Kita harus tahu nasionalisme itu tidak sekular kerana ia tidak memisahkan agama dengan politik. Nasionalisme adalah satu semangat yg menolak sebarang bentuk penjajahan. Bukankah semua parti politik menentang sebarang penjajahan..inilah dia Nasionalisme tetapi bukan seperti ideologi komunis yg sekular,

Selepas bertapaknya Jepun di Tanah Melayu, wujudlah puak-puak yg berani menentang British. Ini kerana orang-orang melayu mula sedar yg kuasa asia seperti Jepun jugak boleh menundukkan kuasa British. Dari sinilah wujudnya PKMM- Parti kebangsaan Melayu Malaya dianggap sebagai puak pemimpin sayap kiri yg agresif menentang British. PKMM juga ketika itu menentang Malayan Union. Pada mulanya mereka tidak mengangkat senjata kerana parti ini jugak sealiran dgn UMNO. Di dalam penulisan Shamsiah Fakir juga ade menyebut bahawa PKMM dan UMNO adalah satu gerakan org-org melayu yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu tetapi akhirnya UMNO berpecah dari PKMM utk mencari jalan sendiri mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..UMNO dianggap sebagai puak pemimpin sayap kanan yg lebih berminat menggunakan kaedah berbincang dgn British utk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu..


PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 yg diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Mengikut sejarah, Mokhtaruddin Lasso adalah seorang pemimpin komunis di Indonesia. Perbezaan Ideologi yg ketara di antara kedua mereka menyumbang kepada wujudnya 2 sayap di bawah PKMM iaitu API dan AWAS pimpinan oleh Ahmad Boestamam agar ideologi komunisme Mokhtaruddin dapat dihapuskan. API dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan AWAS dipimpin oleh Shamsiah Fakir. Apabila Kesatuan Melayu Muda-KMM bergabung dgn PKMM, ideologi parti ini terus cenderung bersifat Nasionalisme sepenuhnya selepas Dr Burhanuddin Helmi mengambil alih pucuk kepimpinan.

Pengaruh PKMM tidak kekal lama apabila UMNO diwujudkan. UMNO yg diasaskan oleh Dato Onn Jaafar adalah sebuah parti yg lebih diyakini oleh orang-orang melayu ketika itu. Walaubagaimana pun Dato Onn Jaafar mengundurkan diri dari umno apabila cadangan Tuanku Abd Rahman utk menerima segala syarat-syarat kemerdekaan dari British. Dato Onn Jaafar ingin membebaskan Tanah Melayu dari British tampa sebarang syarat atau perjanjian.

Di sebabkan sifat PKMM yg tidak mahu berunding dgn British dan menentang secara agresif, parti ini diistiharkan pengkhianat bangsa oleh British ketika itu. Ramai pengikut-pengikut PKMM ditangkap dan dibunuh dgn kejam. Mereka melarikan diri ke dalam hutan lalu bergabung dgn Komunis Malaya utk mendapatkan bekalan senjata. Tujuan meraka utk mempertahankan diri dari serangan tentera British yg diantaranya adalah org-org melayu. Walaupun bergabung dgn komunis mereka tidak pernah mengamalkan ideolog komunisme seperti yg diputar belitkan oleh PR. PKMM bersifat Nasionalisme kerana mereka tidak memisahkan agama dari perjuangan mereka. Mereka tidak membunuh melainkan mereka diserang. Mereka tidak pernah menentang Demokrasi seperti kenyataan PR. Di dalam PKMM mereka punyai biro-biro keagamaan, dan kebajikan. PR menganggap PKMM sebagai Parti Komunis Melayu Malaya. Malaysia hari ini tidak pernah meletakkan PKMM sebegitu rendah kerana PKMM juga berjuang mendapatkan kemerdekaan. Cuma Malaysia tidak pernah mengiktiraf PKMM sebagai perjuang kerana tidak mahu ada pihak yg memutar belitkan fakta seperti yg berlaku sekarang. Melayu Malaysia perlu ingat, PKMM bukan dibayangi Chin Ping seperti kenyataan PR. PKMM adalah gerakan org-org melayu yg berjuang utk kemerdekaan.. Silapnya PKMM mereka meletakkan senjata apabila PKM menyerah kalah..kerana itulah PKMM di salah tafsirkan pembangkang. MEREKA BUKAN KOMUNIS MELAYU……


…WASALAM…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails