Ahad, 5 Julai 2009

ANTARA MAINAN CINTA PR

Cinta yg indah akan membawa kepada terbentuknya rumah tangga di fasa pertama. Cinta yg penuh dgn keikhlasan akan menjadikan rumah tangga itu kekal dengan kejujuran. Bagaimana cinta PR kepada rakyat Malaysia ??? mari kita terbang sebentar di alam rumah tangga PR…


Kata org cinta itu buta, tetapi akal menjadikan cinta itu penuh dgn bahagia. PR menaburkan janji manis kepada rakyat utk membina rumah tangga di dalam M’sia. Sejauh mana janji itu ditepati ??? Rakyat disakiti dan dibohongi dgn sandiwara yg penuh sistematik.. Dalam PR sendiri kita lihat rumah tangga yg huru-hara. Saling tuduh menuduh utk menegakkan diri masing-masing. PKR yg berpoligami dgn DAP serta PAS telah membentuk satu ikatan rumah tangga yg kita ibaratkan sebagai PR. Kegagalan memenuhi kehendak semua isteri, tidak adil memberi nafkah zahir dan batin adalah jelas menunjukkan PR gagal utk membawa rakyat sebagai Isteri ke 3. Rakyat dipujuk utk sama-sama berpoligami tetapi kehendak kedua-dua isteri DAP/PAS tidak dapat dipenuhi. DAP yg kecewa menuntut cerai dari PR. Kemelut rumah tangga yg jelas..

Wahai rakyat M’sia.. Sekiranya anda mencari calon suami utk membina rumah tangga, pilihlah pasangan yg teguh pendirian dan penuh kejujuran. BN tidak dapat menunaikan segala kehendak dalam rumahtangga tetapi BN telah berjaya mempertahankan rumah tangga yg dibina selama 50 tahun. Janganlah menukar pasangan seperti menukar pakaian dan janganlah membakar kelambu jika marahkan nyamuk. Rakyat yg tertipu dan buta dgn cinta indah PR, bukan sahaja sanggup membakar kelambu tp sanggup juga membakar Negara. PR yg hanya pandai berjanji dlm cinta, sedangkan PR tiada asas kejujuran utk membina rumah tangga di M'sia, Sedarlah sebelum terlambat. Pengorbanan adalah satu perjuangan merupakan suatu prinsip yg buta hati dan jiwa..tetapi perjuangan yg memerlukan pengorbanan adalah suatu prinsip yg berani dan jujur. Kedua- dua ini adalah prinsip yg perbeza.

Note: Jujurlah dalam ikatan, Ikhlaslah dalam perhubungan..Semoga rakyat Malaysia berpijak kepada bumi yg nyata. Bukan kepada cinta buta yg tk nyata. Renung-renungkan lah wahai sahabat…

….Wassalam…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails