Rabu, 14 April 2010

200 ahli PKR Kulim keluar parti ikut Zulkifli Nordin

 

gambar Adun Kulim Lim Soo Nee



Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga
 Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu," katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini. 



Sumber : Mstar Online




"Cakap tak serupa bikin " .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga. 


Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan " Character murder " terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun . 


Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantangmengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.



Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .



Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.


Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya pemalas turun padang .... 




sumber : blog Pejuang Bangsa




Komen : akhirnya ahli PKR Kulim keluar parti ikut YB Zulkifli Nordin tanda protes kepada kepimpinan PKR yang makin teruk sejak dulu, kini dan selamanya.




Terbukti langkah YB Zul keluar PKR adalah tepat dan disokong oleh ahli ahli parti di kawasan beliau. 



2 ulasan:

tunsaban berkata...

22 hb ni pun kat hotel seri malaysia bayan baru 200 orang ahli pkr nak keluar parti,kenapa 200 je sama je
kah kah kah taruh la lebih sikit

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

INI SAJA LANGAU-LANGAU MEREKA YG TINGGAL............KESIAN !! TENGOK PADA KOMENNYA SUDAH CUKUP KECEWA KRN SDH MENJADI LEMBU YG AGAK LAMA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails