Rabu, 28 April 2010

Hakikat Kekalahan dan Pembeli Undi



Salam Semua,

1. Kalau hendak dikatakan trend di kalangan pemimpin pembangkang menghamburkan tuduhan-tuduhan melulu setiap kali tewas pada mana-mana pilihan raya, mungkin ada benarnya.

2. Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

3. Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih. Beliau mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

4. Kita mungkin tertanya-tanya kenapa PKR mengagihkan wang RM200 selain barangan keperluan seperti beras kepada beberapa pengundi di kawasan berkenaan, kalau bukan beli undi namanya?

5. Kerajaan negeri Selangor juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah.

Tetapi ada syaratnya, kalau PKR kalah, borang 5A akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat.

6. Kepada pemilik premis perniagaan yang tidak diduduki misalnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kerajaan negeri dikatakan membuat keputusan mengecualikan bayaran cukai pintu.

7. Begitu banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

8. Tidakkah ini juga dana awam dan 'gula-gula' untuk menarik sokongan pengundi. Inilah taktik dan strategi alih perhatian rakyat yang bijak dimainkan oleh PKR.

Begitu bijak mereka menuduh BN membeli undi, sedangkan perbuatan itu yang dilakukan oleh mereka.

9. Bukankah itu semua merupakan satu sogokan? Nampaknya sekarang pakatan pembangkang kena menelan ludah sendiri
Kak Midah
Ipoh



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails