Khamis, 29 April 2010

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar wajar dikenakan Akta Hasutan


1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini.

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor. Apatah lagi sebelum ini begitu banyak fitnah dilemparkan terhadap PM termasuk isu Altantunya.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan dengan segera oleh Blogger BPN  !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11  malam







7 ulasan:

AzamDin berkata...

resolusi taik!!!!!! ahahaha..sri..najib pernah berumpah kan??? ok lah..suruh dia bersumpah yang dia tak pernah lakukan apa yang telah didakwa nizar... ahahahahahhaa

ahahahahahahaha amacam..ada beran?

srikandi melayu berkata...

Salam azam..

Asyik yg belah sini jer nk bersumpah dan berani.. bile lak nk merasa org sana yg bersumpah yer..selalu jadi sesumpah adelah..cam siapa erk..

tiade kene mengena dgn hidup ataupun mati..kekeke

AzamDin berkata...

ahahahaha percaya ke dengan sumpah2 ni??? Nabi pernah bersumpah tak nak mengakui kerasulan baginda??? ehehhehehe..jangn nak lari plak..kalau lah orang yang sri cakap tu bersumpah sekalimana pun..memang BPN akan still panggil dia yang bukan2 jugak kan??? ahahahah bende cam ni orang dah boleh faham la..

srikandi melayu berkata...

sekurang2 nya berani mengunakan jihat kearah islam utk diri sendiri.. apa org nak ckp lantaklah.. tgjwb utk menjaga maruah keluarga sudah terlaksana.. betul tak??

AzamDin berkata...

seramai mana orang akan percaya akan sumpah di dalam masjid??? sedangkan orang yang Islam..tak kira politik apa pun...diorang tak percaya...apatah lagi yang non muslim???

persoalannya sejauh mana sumpah itu dipercayai..dah la siap pakai Quran..adakah Quran itu diturunkan sebagai alat bukti bersumpah atau bukti kewujudan Allah??

srikandi melayu berkata...

salam,,
Bukan penting ape yg di pegang tapi apa yg dilafaz dgn lidah di rumah Allah,, Al-Quran itu mmg diturunkan utk org2 Islam.. Pegang itu nikmat.. tak pegang tak dosa..

AzamDin berkata...

ahahahahahaha...

tapi apabila kata2 disatukan dengan perlakuan..lain maknanya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails